Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Tiada Batasan Untuk Bermain Audio

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-01-31
in SHOW OFF, UTAMA
0


Industri sistem audio kenderaan telah berkembang pesat sejak kebelakangan ini. Teknologi yang diperkenalkan dalam dunia ini turut disesuaikan dengan persekitaran. Ketika banyak skuter kecil diperkenalkan ke pasaran tempatan, mamat ‘scoot’ turut sama memeriahkan hobi bermain audio. Hari ini, medan pertempuran ICE tidak lagi hanya boleh dilihat pada kereta berlampu, skuter-skuter canggih ini tidak mahu ketinggalan.

Walaupun tema majalah tidak kena dengan audio sebuah skuter, ia bukan sesuatu yang asing sebenarnya. Malah membuat artikel begini sekali-sekala membuatkan minda lebih relaks. Idea untuk membentuk artikel datang dari bahan yang berbeza, memang mengujakan.

Yamaha Ego adalah sebuah skuter kecil. Ya, cukup kecil. Malah ia boleh dimuatkan ke dalam bonet kereta Waja. Berapa kecilkah ia? Jika anda berketinggian hampir 5 kaki 10 inci ke atas, nescaya menunggang skuter ini kelihatan seperti badut sarkas. Ia cukup kompak tetapi bagi mereka yang meminati sebuah skuter pemanduan bandar, ia lincah dan senang dijaga.

Kecil bukanlah halangan untuk menjadikannya sebuah skuter pilihan kepada ramai anak muda untuk diubahsuai dengan sistem audio. Sebagai contoh, Ego ‘pink’ yang disiarkan ini. Lihat betapa sebuah skuter memiliki kombinasi audio yang lebih lengkap dari sebuah kereta Kelisa ‘silver’ di pejabat kami, err… kereta siapa tu ha?

Berbeza dengan sebuah kereta, pemain utama yang digunakan untuk medium muzik skuter ini datangnya dari unit telefon bimbit. Format lagu yang disimpan dalam bentuk MP3 disalurkan keluar menggunakan kabel biasa yang lazimnya digunakan untuk menghantar dokumen ke komputer peribadi. Akan tetapi, kabel ini disalurkan kepada pre-amp untuk menterjemah isyarat sekaligus segala bentuk talaan amplifier dibuat di sini. Pre-amp tersebut ialah Pyle PE-100 yang dipasangkan di bawah hendal supaya mudah ditala walaupun ketika sedang menunggang. (yang ni jangan dibuat ye brader!)

Dari sini, isyarat dibahagikan kepada speaker mengikut konfigurasi tertentu. Sebanyak 2 unit amplifier digunakan untuk menguatkan keluaran bunyi speaker dan ia terdiri daripada amplifier JW Audio, JW A-4600 4 saluran dan seunit monoblok JW Audio. Disebabkan saiz skuter ini kecil, adalah mustahil untuk menempatkan unit ini di mana-mana bahagian motosikal. Perekanya bertindak bijak dengan memasang kotak belakang Givi untuk menyembunyikan amplifier tersebut.

Secara teorinya, skuter ini dipadankan dengan sistem 3 way. Namun dalam dunia sebenar, pemasangan yang berbeza lokasi menjadikannya mustahil untuk menghasilkan sebuah sistem SQ. Realitinya, sistem ini lebih kepada rekaan SPL dengan jumlah speaker yang maksimum boleh dipasangkan padanya.

2 unit woofer 10” JW Audio dipasangkan pada bahagian kiri dan kanan ‘cub’ skuter ini. ‘Cub’ tersebut direka secara custom dengan bahan gentian kaca dan dipasangkan pada perumah asal yang dahulunya tempat perehat kaki. Pada saiz yang sama itu juga 2 unit mid bass 6” dipasangkan menghadap penunggang dan sedikit atas pada perumah woofer ialah mid bass 4”, juga dari JW Audio. Sebagai kelengkapan terakhir, 2 unit tweeter SPS dipasangkan di bahagian bawah hendal.

Pada peringkat ini, sistem audio skuter telah pun cukup lengkap untuk dipamer dan dipersembahkan. Walaupun begitu, menalanya bukanlah kerja yang senang sebab ia lebih susah berbanding sebuah kereta. Lokasi pemasangannya terhad, bunyi yang dihasilkan tidak kedap dan tersebar keluar, kuasanya tidak boleh berlebihan untuk sebuah bateri 12 voltan membekalkannya.

Agak kurang bijak dan tidak adil sekiranya sistem audio yang dipasangkan pada skuter ini dibandingkan dengan sistem yang ada dalam sebuah kereta. Bunyi yang dihasilkan sistem ini memang kuat. Kelemahan yang dikatakan awal tadi diterjemahkan sebagai kekuatan sistem audio ini. Sebaran yang luas, membuatkan bunyi menjadi kuat dan zarah-zarah bunyi bergerak bebas. Mudah untuk sampai ke corong pendengaran sesiapa pun, termasuklah pemandu lori sebelah. Bunyinya memang agak kuat dan sebarannya meluas.

Skuter tidak dibuat dengan sistem audio standard kilang. Kecuali anda membeli sebuah Gold Wing. Membuat sistem audio pada sebuah skuter adalah berkenaan daya kreatif dan kemahiran menterjemahkan bunyi yang ingin ditonjolkan. Ditambah pula dengan hiasan sampingan, pemasangannya cantik, semburan airbrush, warna-warna fancy dan kualiti bunyi yang ‘tip-top’, buatkan mat-mat motor berfikir dua tiga kali. Nak modifikasi atau berdendang dengan sistem audio yang terangkat?

Previous Post

Beriadah sambil beramal raikan warga Pusat Jagaan Mahmudah

Next Post

Lagak Seperti Hero Tamil

Next Post

Lagak Seperti Hero Tamil

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved