Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Lagak Seperti Hero Tamil

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-02-04
in SHOW OFF, UTAMA
0

Jika anda peminat filem-filem Tamil atau Hindi, mungkin anda pernah menyaksikan lakonan Joseph Vijay, Ajith Kumar, Sivakarthikeyan, Salman Khan, Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Abhishek Bachchan, Saif Ali Khan, Hrithik Roshan, Anil Kapoor, Ajay Devgan, Kamal Haasan atau superstar Rajinikanth yang banyak memberi scene bermotosikal di layar perak mereka.

Kenapa penulis memulakan intro di atas dengan filem-filem dari benua India? Apa kaitan tunggang uji Dominar 400, dengan barisan pelakon popular di India?

Mungkin ramai yang tak perasan, bahawa motosikal seperti jenama Bajaj dan filem di India tidak mampu dipisahkan sama seperti kisahnya antara lagu/tarian dalam filem juga tidak mampu dibuang sehingga menjadi ia sebagai pengisian tetap bagi sebuah filem.

Begitulah hebatnya perfileman di India samada bagi filem Hindi, Tamil atau Telenggu yang sering kali memecah panggung setiap kali di tayangkan sehingga jumlah pembikinan filem di sana melebihi jumlah hari yang terhitung dalam setahun.

Berbalik kepada motosikal, selain jenama motosikal dari Jepun dan Eropah, India juga memiliki jenama motosikal mereka sendiri iaitu Bajaj. Untuk rekod juga, Bajaj Auto adalah pemegang saham terbesar dalam pembikinan motosikal jenama KTM.

Sebenarnya, kehadiran jenama Bajaj ke Malaysia adalah hasil perkongsian rakan strategik Modenas bersama Bajaj Auto dari India. Sekali gus, ia merancakkan lagi pilihan pembeli terhadap jentera motosikal di pasaran ketika ini.

Model Dominar 400 merupakan model keempat motosikal Bajaj yang telah dibawa masuk ke Malaysia selepas pengenalan model NS200, RS200 dan V15 sekali gus melonjakkan jualan Modenas sepanjang tahun 2018.

Sebenarnya agak lewat bagi penulis mengetengahkan sesi tunggang uji jentera Dominar 400 ini. Malah, penulis difahamkan juga, model Dominar 400 yang penulis uji bakal mempunyai versi terbaharu dan bakal menjengah pasaran tempatan tidak lama lagi.

Berbalik kepada tunggang uji yang penulis lakukan, keseluruhan prestasi Dominar 400 yang dibekalkan enjin 373cc satu silinder masih terbaik dan mampu memberi sentuhan mereka yang tersendiri. Penulis buktikan ketika mengharungi laluan SKVE (Putrajaya-Klang) hingga destinasi di Pulau Indah walaupun perancangan awal adalah untuk ke negeri di utara Semenanjung tidak menjadi kenyataan.

Padanan head Digital Triple Spark Ignition (DTSi) yang mempunyai tiga palam pencucuh agak memuaskan. Meskipun terdapat sedikit kekurangan terutama ketika di awal pecutan, namun pada jumlah keseluruhan, ia sedikit kurang iaitu 35PS pada 8,000rpm manakala tork jentera Dominar 400 pada tahap 35Nm pada 6,500rpm.

Dari segi fizikal, Baraj Dominar 400 sedikit ‘berisi’ berbanding dengan jentera sekelas dengannya. Dengan berat 230kg, Dominar 400 direka bagi menjadikan motosikal ini tampak seperti sebuah motosikal berkuasa tinggi yang sebenar.

Apa yang merisaukan penulis terhadap Dominar 400 ini jika ia kekurangan kuasa tatkala melihat fizikalnya. Perbezaan 30kg berbanding KTM Duke 390 memang cukup ketara, Namun sebaik memulas pendikit minyak melalui lebuhraya SKVE, segala tanggapan itu berubah. Fizikalnya sekadar menjadikan model ini tampak sebuah motosikal berkuasa tinggi sepenuhnya.

Jika dihitungkan short ride yang penulis lakukan, tiada isu yang mahu penulis bangkitkan. Sekalipun agak terasa sedikit berat namun tatkala pendikit minyak dipulaskan, jentera ini mula menunjukkan wataknya. Meluncur di atas jalan raya SKVE ke Pulau Indah dan berpatah balik ke Kajang tidak berdepan dengan masalah seperti diutarakan di atas.

Kenyataannya, Dominar 400 memberi penulis pandangan awal berkenaan jentera ini. Dari segi penyerap hentakan, Dominar yang dipadankan dengan fork teleskopik 43mm di depan dan belakang masih berfungsi dengan berkesan.

Ini termasuk ketika penulis membawa jentera ini dikawasan tidak berturap sekitar Pulau Indah, Dominar 400 memberi keselesaan biarpun adakalanya bisikan hati kecil penulis menyatakan sebaliknya. Kian selesa membawa jentera ini, penulis menyimpulkan Dominar 400 masih relevan untuk sesiapa yang mahu memilikinya.

Biarpun terdapat bunyi bingit pada jentera memandangkan Dominar 400 menggunakan enjin satu silinder, ia sebenarnya tidak mampu dielakkan malah gangguan kecil sebenarnya tidak menganggu kelancaran dan keselesaan penulis.

Di papan paparan panel meter LCD, menyedapkan pandangan si penunggang. Manakala kelancaran operasi serta klac jenis assist/ slipper yang ringan pada Dominar pada tahap membanggakan kerana kelancarannya ketika menukar enam gear sepanjang ia beroperasi.

Dari segi imej, penulis sifatkan Dominar 400 mempunyai imej yang boleh diterima baik dikalangan pencari motosikal dalam segmen sederhana. Rekabentuk yang segar dan pilihan warna (biru, merah gelap metalik dan hitam) nyata menyerlahkan ketrampilannya.

Bagi anda berminat untuk memiliki Dominar 400, harga seunit motosikal Baraj ini adalah RM15,488 (terkini) seunit dengan jaminan selama dua tahun atau 24,000km bersama lima kali servis pertama secara percuma.

Disediakan oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin

Previous Post

Tiada Batasan Untuk Bermain Audio

Next Post

Jimat, Selamat dan Bergaya

Next Post

Jimat, Selamat dan Bergaya

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved