Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Beriadah sambil beramal raikan warga Pusat Jagaan Mahmudah

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-01-28
in BULETIN, UTAMA
0

Satu program amal antara MAG Bikers n Friends telah diadakan di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia di Semenyih. Pusat Jagaan ini menempatkan 55 penghuni lelaki dan perempuan yang berumur sekitar 45 tahun sehingga 90 tahun. Para peserta yang menyertai program amal ini telah berkumpul di Petronas Bandar Seri Putra (Al-Fateh Service Station) seawal jam 8.00 pagi dan telah diberi taklimat ringkas mengenai aturcara dan pembahagian tugas.

Selesai taklimat, para peserta telah bergerak secara berkonvoi ke pusat jagaan tersebut diiringi oleh kenderaan daripada APM. Setibanya di pusat jagaan, program dimulakan dengan ucapan dari pihak pengurusan Mahmudah, diikuti pihak MAG Bikers dan ucapan perasmian oleh Dato’ Capt Hj Mohd Fauzi Aziz selaku Presiden kelab Gang Sekolah.

Seterusnya, para peserta mula melakukan penugasan yang telah diberikan sebelum ini. Antaranya termasuk memasang bingkai ayat-ayat suci di surau, bingkai gambar dan kertas hiasan dinding di bilik, menanam pokok bunga dan membersih kawasan sekitar. Bukan itu sahaja, doktor dan jururawat juga dibawa khas dan turut dibantu anggota APM untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada warga emas dan juga kepada para peserta.

Sebahagian daripada peserta juga telah beramah mesra dengan warga Mahmudah. Banyak kisah pahit dan manis dikongsi dan sedikit sebanyak telah memberi pengajaran dan iktibar. Sekali lagi pihak katering Mas Awana sudi menaja makan tengah hari kepada warga Mahmudah dan para peserta.

Sesudah selesai makan tengah hari, para peserta dan warga Mahmudah berjemaah solat Zohor. Sebelum acara berakhir, para peserta meraikan hari kelahiran warga Mahmudah yang jatuh pada bulan Januari dan Februari. Sekalung penghargaan kepada stesen Petronas Bandar Seri Putra kerana sudi menaja jamuan ringan dan Mas Awana yang menaja makan tengah hari.

Ucapan ribuan terima kasih juga kepada sukarelawan dari APM, sukarelawan YOSH, T6 Ranger, pasukan perubatan dari Nilai Medical Center, kelab Gang Sekolah, KSRP Bikers, TRK Bikers, MAG bikers dan juga para dermawan yang telah sudi memberi sumbangan untuk menjayakan program ini.

Perkongsian : Azmizan Azis

Previous Post

Lady Biker Berjiwa Kental

Next Post

Tiada Batasan Untuk Bermain Audio

Next Post

Tiada Batasan Untuk Bermain Audio

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved