Xtreme Freedom Bikers Club (XFBC) telah mengadakan ride amal ke Bentong melibatkan lebih kurang 60 rider dari Selangor dan Kuala Lumpur. Para peserta berkumpul di stesen Petron Selayang seawal 8.00 pagi dan bergerak ke pekan Bentong untuk bersarapan pagi dan menyambung semula perjalanan dan bergerak ke Siloam House Karak.
Siloam House merupakan rumah jagaan yang menempatkan seramai 20 orang penghuni terdiri dari kanak-kanak OKU berusia 10 tahun ke atas dan 5 orang OKU warga tua yang telah menginap di sini sejak muda lagi. Kelab XFBC menyerahkan cek sumbangan berjumlah RM8,339.50 menerusi Presiden Kelab, En. Alvin.
Beberapa rider yang menyertai ride amal ini turut menghulurkan sumbangan wang tunai kepada pengurus Siloam House. Walaupun tujuan asal ride ini hanya untuk menyerahkan sumbangan derma, para peserta mengambil kesempatan beramah mesra dengan para penghuni sekali gus menceriakan suasana Siloam House ini. ~kNor~