Acara Santai Retro Day Bersama Food Truck ini merupakan anjuran En. Azizulrudin Moktar (Ejoi) dari Retro Incorporated bersama En. En. Zulnizam B. Shahrani – Ahli Majlis / Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon MPP 24. Acara gabungan Retro Day 2017 bersama Fiesta Food Truck Bandar Baru Sungai Buloh ini turut mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam.
Diadakan di Bandar Baru Sungai Buloh, acara ini telah dimulakan dari jam 3 petang sehingga 11 malam. Walaupun diadakan secara santai dan dalam masa yang sama untuk memperkenalkan Fiesta Food Truck di Bandar Sungai Buloh, ramai rider dari pelbagai kelab telah hadir sebagai tanda sokongan.
Lebih kurang 35 Kelab Retro dari Utara, Selatan dan juga dari Pantai Timor telah hadir menyemarakkan lagi acara. Selain itu, acara dimeriahkan lagi dengan pertandingan motosikal Retro yang terdiri dari beberapa kategori seperti Yamaha Pilihan, Honda Pilihan, Kawasaki Pilihan, Suzuki Pilihan, Cub Pilihan dan Moto Kustome Pilihan.
Antara yang menarik perhatian adalah C70 Honda 1980 (C70 Limosin Special Edition) paling panjang dengan kepanjangan lebih kurang 8’ yang dimiliki En Dzulkanaen Adnan dari Kampong Bolok Lancang, Pahang. Motosikal ini dulu dibeli macam besi buruk. Beliau mengambil masa selama lebih kurang dua bulan untuk membaiki dan kustome motor ini. Sebelum ini, beliau pernah membaiki dan kustome Street Cup dengan motor 3 tayar C70. Beliau minat mengubah suai motosikal berusia belasan tahun.