Pandemik covid-19 sekali lagi menjadi punca pembatalan MotoGP yang sepatutnya berlangsung pada Oktober ini. Berita ini diumumkan oleh pihak penganjur dan akan digantikan dengan litar Itali di Misano. Ekoran kes positif harian yang dilaporkan kian meningkat, diikuti sekatan kemasukan ke Malaysia menyebabkan Malaysia tidak dapat meneruskan sebagai tuan rumah.
Bagi makluman, ini merupakan kali kedua saingan yang sepatutnya berlangsung 24 Oktober depan di Sepang dibatalkan berikutan pandemik Covid-19. Misano akan menggantikan Sepang dalam kalendar perlumbaan iaitu pada 19 September.
Sumber : Harian Metro