Kelab House HUG yang terletak di Kg Kubang Rotan, Mukim Kuala Kedah, di negeri Kedah telah menjadi lokasi berlangsungnya majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri HGSB Bersama HUG. Majlis ini merupakan anjuran bersama menggabungkan Hayat Globe Sdn Bhd dan Harley Utara Group selaku tuan rumah.
Lebih kurang jam 11.00 pagi, majlis telah dimulakan dengan bacaan doa selamat dan Yasin oleh anak-anak Tahfiz sebagai pembuka tirai yang dihadiri jemputan dari pelbagai jabatan kerajaan, swasta serta penduduk kampung. Bagi memeriahkan lagi majlis ini, kelab-kelab permotoran dari seluruh Malaysia turut tidak melepaskan peluang antaranya termasuk SBS Harley Melayu Komuniti, SUMG, WMGS (Pulau Pinang, Kelantan dan Perak, BADDAD Ipoh, MHG Manjung, Soul Rider, Blackers, Freedom, Postkod 7, Valion Strom, Lostcoybow, WEMC, Khonkhae, Komander Sukri, Pelesit Bikers, Ladies of Harley, FS Bikers dan Overlander LB.
Kehadiran artis-artis jemputan seperti pelawak disegani, saudara Lan Pet Pet dan Mus May telah menambahkan lagi keserian majlis ini. Selain itu, rakan biker Fauziah Latif turut hadir sebagai tetamu istimewa. Menurut Presiden HUG, En. Ahmad Tarmizi Bin Mohd Saad, penganjuran majlis ini secara tidak langsung mengeratkan lagi ikatan silaturahim serta mengukuhkan lagi ukhwah di antara para pemilik motosikal di Malaysia. ~k.Nor~
* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 59