Sebelum ini, Ride Apart pernah menyebut tentang kemungkinan Yamaha XSR125 memasuki pasaran Eropah tidak lama lagi. Terbaharu, Yamaha Motor Europe secara rasminya mendedahkan tarikh sebenar motosikal ini dibawa masuk ke pasaran Eropah iaitu pada 11 Mei lalu.
Sebagaimana yang diketahui, semua motor yang memasuki pasaran Eropah perlu mematuhi standard Euro-5 dan begitu juga Yamaha XSR125 ini. Dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 124cc dengan penyejukan cecair, ia mampu menghasilkan sehingga 11kW (atau 14.75hp) pada 10,000rpm dan tork 11.5Nm (atau 8.48 ft-lbs) pada 8,000rpm yang disepadankan dengan kotak gear 6-kelajuan.
Manakala untuk bahagian suspensi, ia didatangkan dengan fork depan 37mm USD dan lengan hayun standard di bahagian belakang. Sistem brek pula, menggunakan cakera brek tunggal. Yamaha XSR125 ini diletakkan di atas rim 17” di bahagian depan dan belakang. Ketinggian tempat duduk pula adalah 815mm atau sekitar 32 inci dengan 11 liter kapasiti untuk tangki bahan api.
Yamaha XSR125 menggunakan casis Deltabox twin-spar yang direka agar kukuh dan dalam masa yang sama ringan. Selain itu, beberapa ciri lain termasuk lampu utama LED dan meter LCD dengan bezel krom untuk memberikan penampilan neo-retro bersama mudguard yang dicat cantik, gaya retro. Bagi tahun 2021, terdapat 3 warna ditawarkan di pasaran Eropah iaitu Redline, Tech Black, dan Impact Yellow.
Sumber : Rideapart.com