Selepas menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan lalu, Kelab Retro dan Klasik Kedah sepakat menganjurkan program Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan bertempat di kawasan letak kereta di belakang Tesco Star Gate Alor Star, Kedah.
Antara yang terlibat dalam program ini termasuk Geng Retro Alor Setar, Klasik British Alor Star, Honda Klasik, Group Vespa, Universal Track, Geng Ketak Lutut, Group RD Alor Star, Rachun Donia, GBO Crew Utara, Street Cup, Mat Café Racer, Capt Haji Saufi, PakLong Syakrin dan Anip Garage.
Program ini diraikan tanpa mengira perbezaan cc dan jenama motosikal kerana yang penting, semua peminat dunia dua roda dapat memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Kelab Retro dan Klasik Kedah. Dalam masa yang sama, ia juga dapat mengukuhkan ukhwah antara rakan bikers. ~k.Nor~
* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar 59