Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Throwback : NVOG Ride Karnival Khaira Ummah

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-01-17
in BULETIN, UTAMA
0

Peluang bersama Ustaz Abdul Somad

Progam Karnival Khaira Ummah mendapat sambutan menggalakkan dari pelbagai pihak dan agensi Kerajaan, Swasta serta NGO. Karnival yang berlangsung selama empat hari ini diadakan di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas daerah Seberang Perai Utara(SPU). Program ini merupakan anjuran Pejabat Timbalan Ketua Menteri I dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP). Perasmian Karnival Khaira Ummah yang bertemakan ‘Membangun Khaira Ummah’ telah dirasmikan oleh YB Dato’ Ir Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Pelbagai aktiviti dan program menarik telah dijalankan oleh Jabatan Mufti antaranya seperti pameran peralatan falak, tayangan astronomi, kaunter tarikh hijriah, cerapan bulan dan edaran bahan-bahan terbitan Jabatan. Pelbagai agensi kerajaan dan badan berkanun turut melibatkan diri dalam pameran carnival tersebut antaranya Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN), UiTM, Kolej Teknologi Antarabangsa (KITAB) dan sebagainya.

Kemuncak aktiviti yang menarik perhatian ramai ialah ceramah perdana yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Abdul Somad yang bertajuk “Pentingnya mendekati al-Quran untuk memperolehi rahmat Allah” di mana Bikers dari Northern Versys Owners Group (NVOG & Friends) diberi penghormatan mengiringi beliau dari Hotel Sri Malaysia Kepala Batas ke Masjid Abdullah Fahim yang terletak di Bertam sejauh 15km. Sebanyak hampir 100 buah motosikal berkuasa tinggi hadir bersama-sama menjayakan Konvoi Ustaz Abdul Somad yang juga merupakan penceramah serta pendakwah tersohor dari Indonesia.

Sepanjang program tersebut, pengunjung juga disajikan dengan persembahan qasidah dan nasyid oleh UNIC. Selain itu turut diadakan program wanita yang bertajuk ‘Pujaan Hati Kanda’ disampaikan oleh Ustazah Najihah bt. M Yusuf, Forum Perdana yang bertajuk “Khaira Ummah: Realiti & Harapan” dengan panelis forum terdiri dari Dr. Zaharuddin Abd. Rahman dan Ustaz Roslan Che Ros serta pelbagai aktiviti yang lain.

Majlis perasmian penutup Karnival Khaira Ummah dan perasmian Gagasan Khaira Ummah telah berlangsung di Dewan Solat Masjid Abdullah Fahim oleh T.Y.T Tun Dato’ Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Turut hadir pada malam tersebut YB Dato’ Ir. Zakiyuddin bin Abd.Rahman, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

Penglibatan Bikers dalam program amal dapat mengubah tanggapan umum, sekali gus membuktikan yang bikers juga gemar dalam aktiviti amal bersama masyarakat demi pembangunan sejagat.

Perkongsian : Fazrul NVOG

Previous Post

X-Max Edisi 2020 Tampil Dengan Warna Yang Elegan

Next Post

Pertandingan Drag Race Merancakkan Perlis Motorday 2019

Next Post

Pertandingan Drag Race Merancakkan Perlis Motorday 2019

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved