Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Throwback : NVOG Ride Free Market Merdeka (Beri atau Ambil Sahaja Secara Percuma)

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-28
in BULETIN, UTAMA
0

Northern Versys Owners Group & Friends (NVOG) bersama beberapa NGO Amal yang lain sekali lagi menganjurkan #Free Market buat kali ke-3 yang berkonsepkan; beri atau ambil apa sahaja secara percuma. Hasil sumbangan ahli-ahli kelab serta kerjasama individu serta koperat berjaya mengumpulkan sedikit dana serta barangan terpakai yang masih elok (Pre-Loved) untuk diberi kepada mereka yang memerlukan kepada penduduk sekitar Kampung Sg Kuning Rantau Panjang, Selama Perak. Barangan keperluan harian seperti barangan makanan juga dikumpulkan dan disediakan seperti beras, bihun, gula, kopi dan teh, susu pekat, sardin dalam tin dan lain-lain lagi disumbangkan kepada 150 buah keluarga terpilih bagi menjayakan program yang diadakan sehari selepas Malaysia menyambut hari Kemerdekaan yang ke-61.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk menyalurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur, uniform sekolah, alatulis serta pakaian baru serta terpakai secara percuma kepada penduduk yang majoritinya dari golongan berpendapatan rendah bagi menyediakan keperluan asas serta membeli pakaian dan kelengkapan persekolahan bagi anak-anak mereka. Barangan Pre-Loved juga dikumpulkan dimana barangan kesayangan yang masih elok tapi tidak digunakan lagi serta berharga seperti kasut, buku-buku barangan mainan untuk kanak-kanak turut dikumpulkan oleh ahli kelab untuk diserahkan kepada para pengunjung. Pelanggan hanya perlu senyum dan minta baik-baik serta mengucapkan terima kepada para penyumbang.

Pengurus projek #Free Market Merdeka 2018 (FM3.0) iaitu saudara Faizal Husin yang merupakan ahli kelab motosikal NVOG & Friends menyarankan agar semua ahli kelab turun membantu bagi menjayakan program ini seperti yang dilakukan pada tahun lalu di Kampung Lanai, Parit Panjang serta Flat Paya Nahu Sungai Petani Kedah bagi meringankan beban serta menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Konsep Tiada Jual beli, tiada pertukaran barter serta semuanya secara percuma ini bersesuaian dengan objektif program kali ini kerana disambut dalam bulan kemerdekaan. Selain dari gerai barangan kerluan harian dan gerai barangan pakaian serta “Pre-Loved” turut disediakan gerai makanan ringan untuk para pengunjung menikmati juadah sarapan pagi dan makan tengahari.

NVOG turut mengadakan “Free Fun Ride Big Bike” di mana kanak-kanak serta orang ramai berpeluang membonceng motosikal berkuasa tinggi yang dibawa oleh abang-abang bikers. Keseronokan dan kegembiraan jelas terpancar pada wajah kanak-kanak apabila mereka dapat membonceng motosikal berkuasa tinggi. Ada juga yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama para bikers yang hadir. Rata-rata penduduk Sg Kuning, Selama Perak berterima kasih kerana dengan adanya program #free market merdeka 3.0 ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban.

Jutaan terima kasih kepada NGO amal yang menjayakan Program #Free Market Merdeka 3.0 kali ini:
1. Pertubuhan Kebajikan Berkat
2. Mutiara Prihatin Pulau Pinang
3. Skuad Jom Bantu Pulau Pinang
4. Gerakan Amal Bersama (GRAB)
5. Northern Versys Owners Group & Friends (NVOG)

Previous Post

Vespa Rally 200 tahun 1972

Next Post

Arkib : Dato' Kamal Can Am Spyder

Next Post

Arkib : Dato' Kamal Can Am Spyder

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved