Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Arkib : Dato’ Kamal Can Am Spyder

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-28
in SHOW OFF, UTAMA
0

Ketika rakan-rakan seusianya banyak menghabiskan masa hujung minggu di padang golf membincangkan hal perniagaan dan politik, lain pula halnya dengan individu ini. Pada usia 51 tahun, Dato’ Kamal atau nama sebenarnya Mohd Kamal Bin Shukor lebih gemar membelek motosikal kesayangan dan berbual bersama pelanggan di bengkel beliau.

Pertama kali bertemu beliau, krew kami dapat rasakan yang ini merupakan ‘kaki motor’ sebenar, mudah mesra dan bila berbual pasal motosikal, 2 jam tanpa henti pun tak jadi masalah.

Berbeza dengan kebanyakan rider yang bermula dengan motosikal moped, Dato’ Kamal jatuh cinta dengan jentera 2 roda ini ketika memiliki motosikal berkuasa tinggi pertamanya, Kawasaki Versys 650. Pengalaman manis pertama beliau adalah menunggang sejauh 300km walaupun baru seminggu mendapat lesen B penuh. Dari situ, beliau menyedari keseronokan berkonvoi dengan aktiviti berpasukan yang juga memberinya lebih banyak masa untuk berhubung rapat dengan rakan-rakan.

Berasal dari Teluk Intan, Perak dan memiliki 3 orang cahayamata hasil perkongsian hidup dengan Puan Faridah Mustafa, Dato’ Kamal ternyata memiliki kehidupan sempurna. Anak sulungnya, Amin kini berada di Kaherah bagi melengkapkan pengajian dalam bidang perubatan. Dua anaknya masih lagi menuntut di ibu kota dan bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang yang mereka pilih.

Bekas penuntut Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh, juga graduan Maktab Tentera Di Raja ini telah berkhidmat dalam kor Artileri Angkatan Tentera Malaysia. Kini, Dato’ Kamal sedang berkhidmat sebagai Jurutera di salah sebuah firma di Kuala Lumpur. Menyambung pendidikannya di Universiti Wollonggong Australia memberi banyak pengalaman berharga dalam menilai erti hidup.

Selain dari motosikal, Dato’ Kamal juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Menjawat jawatan Timbalan Pengerusi Madrasah Ehsaniah Bukit Anggerik Cheras, Pengerusi Belia Rehlah dan Riadah, ahli seumur hidup Persatuan Bulan Sabit Merah dan merupakan mantan Yang Dipertua Saser. Beliau juga merupakan Naib Presiden Persatuan Tinju Wilayah Persekutuan.

Kini beliau menaungi kelab yang ditubuhkannya beberapa tahun lepas. Sebagai Presiden Tabuan Bikers Club dan Presiden Tabuan Motor PLT dan Presiden Tabuan DK Racing Team. Dato’ Kamal juga antara individu yang aktif dalam arena ini yang menumpukan kerja kebajikan dalam aktiviti konvoinya. Beberapa konvoi telah berjaya dilengkapkan sepanjang penglibatannya antaranya ialah Gambang Ride, Merdeka Ride, Ride To Masjid, Tabuan Festival, Mahabbah Ride, Singapore-KL-Betong, Bantuan Banjir, serta majlis amal bersama anak yatim dan golongan gelandangan.

Positif dengan perkembangan arena permotoran tempatan, Dato’ Kamal turut menyokong Rendezvous Bingit pada bulan November nanti. Di samping itu juga, beliau terlibat secara terus dengan penyediaan krew dan pelumba pasukannya yang menyertai perlumbaan MSS di setiap pusingan.

Dato’ Kamal mempunyai visi jauh dalam bidang ini dan melihatnya lebih dari sekadar hobi dan perniagaan. Beliau turut mengambil inisiatif mengadakan kerjasama dengan pihak Giat MARA, menyediakan platform dan kemudahan latihan untuk pelajar mendalami bidang motosikal dengan model khusus Harley Davidson.

Kini Dato’ Kamal menunggang Can AM Spyder dan Suzuki GSA1250 dan masih optimis dengan cita-cita untuk menjadi usahawan yang dapat membantu dan memenuhi keperluan keluarga rider dan masyarakat. Prinsip beliau, kejayaan Tabuan tertakluk kepada keredaan Allah dan sokongan berterusan dari ahli keluarga dan rakan-rakan bikers khususnya.

We ride with purpose – Tabuan Bikers Club
You ride we care – Tabuan Motor
Tabuan for all – YB tabuan
Tabuan sentiasa dihadapan – Tabuan dk35 Racing Team

Previous Post

Throwback : NVOG Ride Free Market Merdeka (Beri atau Ambil Sahaja Secara Percuma)

Next Post

FKR Konvensyen 2018/2019 di Macao dan Zhuhai selama 4 hari 3 malam

Next Post

FKR Konvensyen 2018/2019 di Macao dan Zhuhai selama 4 hari 3 malam

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved