Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Vespa Rally 200 tahun 1972

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-28
in SHOW OFF, UTAMA
0

Misi pemburuan jentera dua roda telah pun bermula. Sekali lagi. Kali ini, saya memilih Kuala Kangsar untuk berjalan sambil cuci-cuci mata. Seingat saya, sejak dulu lagi dan saban tahun pasti diadakan jambori Vespa secara besar-besaran di kuala. Acara ini merupakan acara wajib bagi Vesparian dan sebaik sahaja tiba bulan April, Bandar Diraja Kuala Kangsar berubah wajah dan menjadi meriah dengan kehadiran para pemilik skuter manual yang datang dari seluruh pelusuk negeri termasuk negara jiran. Difahamkan, setiap tahun pelbagai aktiviti turut diadakan seperti sukan rakyat dan acara gilang-gemilang khas untuk rakyat Perak tapi itu cerita dulu.

Disebabkan itu, ada satu kawasan riadah dan rehat milik PBT dinamakan sebagai Dataran Vespa. Nampak tak, penangan Vespa dan peminatnya di Kuala Kangsar? Nak kata besar dan meriah sangat tu, tak juga tapi kenapa ia jadi tumpuan? Demi mencari kepastian, saya bertemu seorang pemuda yang sudah berkecimpung dalam dunia Vespa sejak usianya masih kecil lagi, saudara Raiz Mat Sabri. Beliau merupakan pengumpul motosikal lama dan membuka bengkel restorasi moto klasik di Kuala Kangsar. Antara koleksi motor dalam simpanan beliau termasuk sebuah Vespa Rally 200 tahun 1972. Hah, dengar nama motor pun rare dan agak susah dijumpai sekarang, jadi saya percaya telah berjumpa dengan orang yang tepat dalam dunia Vespa.

Menurut Raiz, komuniti Vespa memang ramai di Malaysia dan antara aktiviti yang sering mereka lakukan adalah Teh Tarik Session, lepak-lepak malam minggu dan berkonvoi atas jemputan mahupun di masa lapang. Menerusi medium sebegini, para pemilik Vespa dapat bertukar-tukar idea dan mendapatkan alat-alat ganti yang memang sukar didapati. Bagi Raiz sendiri, beliau mempunyai bengkel sendiri iaitu Advance Racer Accessories yang mana beliau juga merupakan tuner, foremen dan seller bagi alat-alat aksesori motosikal ini. Dengan adanya bengkel ini, beliau bukan sahaja dapat menjual, malah turut memiliki jentera lumba dan menyertai beberapa kejohanan drag motosikal Malaysia. Itu dia… jangan buat main, Vespa pun depa boleh buat sprint!

Baiklah. Seperti yang saya sebut di awal-awal tadi, beliau memang memiliki banyak motor dalam koleksi cuma kali ini kita berikan tumpuan kepada Vespa Rally 200. Vespa tahun 1972 bertambah cantik apabila diberi sentuhan cat dan kekemasan daripada Meto Painting. Bagi projek ini, Meto Painting memilih warna Audi White sebagai penyeri. Jika anda dapat lihat di bahagian depan, Raiz menggunakan suspensi fork depan dari model PX200 dan dipadankan dengan absorber YSS. Manakala suspensi belakang pula, beliau telah menggunakan Bitubo rear absober. Pemilihan absorber ini terbukti memberi keselesaan mengikut cara pemanduan beliau di atas jalan.

Seterusnya, JTCFgarage and MMK Performance bertanggungjawab memberikan kuasa pecut bagi motor ini dan memastikan enjin Malossi 210 Mazucheli berdaya mantap serta mampu bersaing hebat bersama para pencabar seangkatan dengannya apabila diperlukan. Bagi memantapkan lagi enjin Malossi 210 Mazuchelli ini, Raiz menggunakan sistem ekzos dari model DSE Series yang didatangkan khas dari Pro Sipscootershop and Scooter Centre. Sebagaimana yang kita sedia maklum, jentera lama seperti ini memerlukan pemasangan wayar baru dan kerja-kerja pewayaran. Ibrahin wiring memberikan sentuhannya ke atas projek ini termasuk lampu isyarat, lampu brek dan lampu hadapan yang tampak kemas hasil kerja tangan beliau. Akhir sekali, pelarasan sistem kotak gear dipadukan lagi oleh Twinscoter.

Apa nak lagi beb?

Boleh dikatakan kos untuk sampai ke tahap ini sudah mencecah lima angka. Jika kita katakan main motor lama macam ni susah nak dapat alat-alat ganti, tak boleh juga. Cuma ia memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi. Menurut Raiz, ada penjual-penjual yang sudi membantu anda untuk sampai ke tahap seperti beliau. Demikian kata-kata seorang pengumpul dan pencinta tegar Vespa, Raiz Mat Sabri dari Advance Racer Accessories Kuala Kangsar, Bandar Diraja!

Previous Post

Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 - Batu Kawan

Next Post

Throwback : NVOG Ride Free Market Merdeka (Beri atau Ambil Sahaja Secara Percuma)

Next Post

Throwback : NVOG Ride Free Market Merdeka (Beri atau Ambil Sahaja Secara Percuma)

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved