Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Throwback : Mengimbau Kembali Kemeriahan Dunia Dua Roda

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-07-30
in BULETIN, UTAMA
0

Demi memenuhi permintaan rakan-rakan bikers untuk menganjurkan acara permotoran di Labuan, dua syarikat milik anak jati kelahiran Pulau Labuan, Dominant Marketing Agency dan DMD Event dengan kerjasama Brutal 7 Labuan Island telah mengadakan 1st Victoria Bike Festival. Diadakan di Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, Victoria Bike Festival yang dahulunya dikenali sebagai Perkumpulan Grup Motor ini bukanlah penganjuran kali pertama sukan permotoran di Labuan tetapi ia merupakan titik permulaan dengan wajah baru bagi pihak penganjur.

Nama Maraffandie Mohd Kassim mungkin asing bagi pencinta 2 roda di Borneo. Berusia awal 30-an, pemilik Dominant Marketing Agency dan DMD Event ini berpengalaman luas mengendalikan pelbagai acara sehingga peringkat antarabangsa. Pengendalian acara permotoran bukanlah sesuatu yang mudah, berbekalkan kesungguhan dan dedikasi tinggi, beliau menjadikan impiannya sebagai kenyataan dengan kejayaan 1st Victoria Bike Festival. Dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos tetapi ditangguhkan ekoran beberapa insiden yang tidak dapat dielakkan. Pada awalnya, hanya 6 orang berusaha merealisasikan acara ini dan kemudiannya menerima sokongan dari Kementerian Pelancongan dan kebudayaan Malaysia, Perbadanan Labuan, PDRM, Smart Ryders dan HOG Labuan.

Penganjuran Victoria Bike Festival ini menyemarakkan semula dunia permotoran Labuan dengan aturcara yang disediakan sepanjang acara berlangsung. Dianggarkan seramai 3000 pengunjung yang terdiri dari bikers dengan pelbagai jenis motosikal dari Brunei dan Indonesia. Tidak ketinggalan, penduduk tempatan turut membanjiri dan memeriahkan lagi tapak acara. Antara aktiviti yang diselitkan pula termasuklah Autoshow, motor paling perlahan dan bunyi paling kuat mengikut kategori motor. Para pengunjung berpeluang menyertai pertandingan karaoke yang dibuka kepada umum dan persembahan Mus May menggamatkan lagi suasana.

Walaupun dikelolakan individu kurang berpengalaman dalam dunia 2 roda, kredibiliti beliau tidak boleh dipandang rendah. Disebabkan kesungguhan beliau, pelbagai pihak meletakkan kepercayaan dan menaja acara ini antaranya termasuklah Smart Ryder, Kelab Beyond 2000, Havana Lounge, Empada, Teraju Jaya, STG, Green Apple Restoran, RB Gemilang, Labuan Point Hotel dan D1 Mart. Ekoran kejayaan penganjuran acara ini, Maraffandie bersetuju dengan seruan Presiden HOG Labuan, Dato’ Harris Hj Amar Tan agar lebih banyak badan-badan korporat, agensi kerajaan, wakil rakyat dan ahli parlimen memberi sokongan untuk memantapkan lagi acara dan dalam masa sama membuka pintu bagi pelancong mengunjungi Wilayah Persekutuan Labuan di masa akan datang.

Previous Post

Beberapa Perubahan Bakal Dilihat Pada Barisan CB500 Termasuk CBR500R, CB500X Dan CB500F

Next Post

Dilancarkan sebelum Berlangsungnya Rali Motosikal Cruiser Terbesar di Sturgis

Next Post

Dilancarkan sebelum Berlangsungnya Rali Motosikal Cruiser Terbesar di Sturgis

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved