Dokumen permohonan kelulusan pematuhan jenis Eropah telah difailkan untuk CB500F, CBR500R dan CB500X bagi tahun 2022, beberapa kemaskini turut dilakukan. Namun, ia bukanlah satu perubahan yang ketara sebaliknya evolusi untuk penunggang A2.
Walaupun begitu, motor 471cc parallel-twin ini tidak diubah sepenuhnya dengan unit yang dikeluarkan masih mampu menghasilkan 47bhp dan tork 43Nm, sesetengah dimensi khususnya berat telah mengalami perubahan kecil.
Manakala motor CB500F dan CBR500R masih lagi menduduki skala yang sama, CB500X dilihat telah ditambah sedikit beratnya sebanyak 2 kg atau mungkin juga lebih. Ini mungkin sekali kerana penambahan tangki bahan api yang bertambah 17.7L.
Selain itu, sedikit perubahan dimensi telah disenaraikan – lebarnya telah bertambah 5mm untuk CB500X dan CBR500R, manakala CB500F pula sebanyak 10mm. Pemegang bar juga bertambah lebar. Panjang dan tinggi motosikal masih lagi dikekalkan.
Kemaskini paling besar untuk barisan CB500 2022 seperti tercatat dalam dokumen adalah dari segi penambahan cakera hadapan. Menurut laporan Cycle World explore, brek baharu bermaksud roda dan fork baharu. Perubahan ini juga melibatkan kemaskini terhadap rear shock. Mungkin masih ada perubahan lain yang akan dilakukan?
Sumber : Visordown