25 orang peserta, 20 buah motosikal berkuasa tinggi, sebuah pacuan empat roda dan satu misi, Konvoi Best Bro Motorsport Ke Desaru. Dianjurkan oleh Best Bro Motorsport, konvoi ini berlangsung selama dua hari. Para peserta telah berkumpul di Rendezvous Point di RnR Seremban dan bergerak pada jam 8 pagi menuju ke perhentian pertama di RnR Pagoh dan seterusnya ke perhentian kedua di Ayer Hitam untuk berkumpul bersama bikers dari Singapura dan makan tengah hari Kari Kambing 40 Hari.
Perjalanan diteruskan pula menerusi bandar Kluang dan Kota Tinggi sebelum tiba ke destinasi, Desaru Tunamaya Beach Resort sekitar jam 2.00 petang yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bertaraf 4 bintang. Keesokan harinya, konvoi memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada jam 12.00 tengah hari menerusi lebuhraya Senai, Johor Bharu.
Selepas 5 jam, para peserta konvoi tiba dengan selamat di Kuala Lumpur pada pukul 5 petang dan bersurai secara rasminya pada 6 petang. Pelbagai perkara dipelajari menerusi konvoi ini seperti disiplin ketika di atas jalanraya, semangat setia kawan yang tinggi, semangat berpasukan ketika berlakunya kerosakan serta persediaan yang baik dari segi penyediaan jentera dan mental amat diperlukan bagi mengelakan sebarang masalah.