Mungkin berita ini mengejutkan dan menggelikan hati anda, tetapi Jonathan Rea baharu sahaja mendapat lesen memandunya. Rea merupakan juara Kejohanan Superbike Dunia (WorldSBK) sebanyak enam kali berturut-turut.
Penunggang yang berasal daripada Ireland Utara, United Kingdom itu mula berkongsikan pengalamannya untuk mendapatkan lesen memandu di atas jalan pada minggu lepas. Beliau membawa sekali GoPro-nya untuk merakamkan apa yang harus dilalui ketika berada di dalam Latihan Asas Wajib (Compulsory Basic Training) bersama pengajarnya. Video tersebut dimuatnaik ke media sosial beliau.
Seterus itu, dia mengambil tempat di dalam ujian yang sebenar. Kamera tidak dibenarkan ketika ini. Tetapi kamera dibenarkan apabila menjalani ujian di atas jalan. Kaedah di UK merupakan di mana calon ujian akan diikuti oleh pengujinya di belakang. Calon itu juga akan memakai alat pendengaran telinga yang disambungkan kepada walkie-talkie, agar pengujinya boleh memberikan arahan untuk ketika ujian.
Rea berkata dia membuat satu kesalahan kerana alat pendengarannya rosak. Akan tetapi, di masih dapat lulus di dalam ujiannya kerana mendapat mata yang cukup. Tahniah buat beliau!
Penunggang yang hendak menjalani ujian di UK boleh menggunakan motosikal milik sendiri. Jadi sebagai penunggang untuk pasukan Kawasaki Racing Team, Rea memilih model Kawasaki Z650S dan bukanlah ZX-10R untuk tujuan tersebut.
Sebenarnya, terdapat beberapa penunggang profesional yang tidak mempunyai lesen motosikal di atas jalan, kerana mereka memulakan karier perlumbaan mereka sejak mereka dalam usia kanak-kanak lagi.