Ducati telah mencatatkan penambahan jualan sebanyak 43% pada enam bulan pertama tahun ini berbanding dengan jangka waktu yang sama tahun lepas. Nombor seperti begini semestinya dilihat sebagai prestasi yang baik tetapi kita harus ingat bahawa tahun 2020 merupakan permulaan pergelutan kita dengan wabak Covid-19.
Namun begitu, rekod jualan Ducati pada 2021 sebenarnya bertambah sebanyak 9% berbanding dengan jangkamasa yang sama pada tahun 2019. Penambahan itu bersamaan dengan sebanyak penjualan 34,485 unit motosikal dalam masa enam bulan tahun ini.
Pengeluar daripada negara Itali itu telah berjaya menjual sebanyak 8,598 unit di dalam bulan Jun. Model yang paling laris merupakan Multistrada V4, dan diikuti dengan banjaran Scrambler 800cc. Model Streetfighter V4 berada di tempat yang ketiga.