Program Gang Sekolah yang dimulakan sejak tahun 2008 ini diteruskan lagi dan kali ini destinasi yang menjadi pilihan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas yang terletak di Melaka. Dianjurkan hasil kolaborasi di antara 3 kelab iaitu MAG Bikers, DG Bikers dan Gomen Bikers, ini merupakan sekolah keempat untuk tahun 2019 yang melibatkan penyertaan seramai 180 orang pelajar tingkatan 5.
Sebanyak 50 buah telah terlibat dalam program konvoi amal dan motivasi kali ini yang turut disertai Nasim Sdn Bhd dengan membawa kereta model Peugeot 208, Peugeot 2008 dan Peugeot 3008. Ketiga-tiga model kereta Peugeot ini dibawa bertujuan untuk sesi pandu uji oleh tenaga pengajar dan bikers yang terlibat.
Dirasmikan oleh Pn Hajah Kamariah Hj Othman, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas, pelbagai aktiviti turut disediakan sepanjang program berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk ceramah kerjaya dan motivasi pelajar yang dikendalikan oleh 5 orang penceramah iaitu;
– Dato’ Kapten Hj Mohd Fauzi Aziz (Juruterbang MAS)
– Azman Hj Sharani (Juruteknik Kapalterbang)
– Mohdan Amran (Penyelaras Maritime & Aerospace Lima 19)
– Mohammad Mansur (Naza World Automobile)
– Ustaz Mohammad Hidayat Mohd Sharani (Penolong Pengurus Mas).