Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Nora Queen Rider Malaysia

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-23
in SHOW OFF, UTAMA
0

Dikenali dengan nama Rider Biru di muka buku, (Facebook), Nora Queen Rider adalah Presiden dan pengasas kelab Queen Riders Malaysia. Beliau dan motor memang tidak boleh dipisahkan. Lahir dalam keluarga yang semuanya adalah peminat motor membuatkan beliau juga tidak terkecuali. Bapa dan kedua-duanya adalah peminat tegar 2 roda. Beliau mula berjinak-jinak dengan dunia motor sejak di bangku sekolah lagi atau lebih tepat sekitar tahun 1992.

Kadang-kadang, beliau ada juga curi-curi bawa motor abang. Sejak di tingkatan 3 lagi, beliau sudah memiliki motor sendiri untuk berulang-alik ke sekolah. Selepas habis sekolah, beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti permotoran. Beliau selalu menerima jemputan menghadiri pelbagai program untuk menjadi pengadil motosikal tercantik, ride bersama kelab-kelab motor untuk amal dan macam-macam lagi. Kalau dahulu, kelab-kelab motor boleh dibilang dengan jari tapi kini tidak lagi. Kelab motor tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Queen Riders Malaysia ditubuhkan pada 01.01.2017 dan menyahut cabaran dengan konvoi pertama QRM yang menjadikan Jelajah Pantai Timur sebagai misi utama untuk melawat mangsa banjir di Kelantan serta memberi sedikit sumbangan ikhlas kepada mereka yang memerlukan. Seramai 8 orang geng QRM berjaya mengharungi cabaran jelajah Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan jayanya tanpa sebarang masalah yang besar. Sehingga kini, pelbagai konvoi Rock And Ride Santai telah dilunaskan. Ride Utara juga telah dilaksanakan dan layan korner di Wang Kelian merupakan acara wajib setiap kali QRM ride ke Utara. Ride ke Gunung Jerai paling mencabar sampai dapat sijil penyertaan.

Berpegang pada moto Respect Each Other, We Are Sisterhood, Queen Riders Malaysia ditubuhkan dengan niat untuk menyatukan semua rider wanita di bawah satu bumbung tanpa mengira cc motor. Selain itu, menjadikan QRM sebagai ikon permotoran yang disegani oleh masyarakat dengan pelbagai aktiviti berfaedah. Sehingga kini, ahli QRM adalah seramai 1200 orang termasuk Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Queen Riders Malaysia selalu terlibat dengan aktiviti amal seperti berbuka puasa bersama anak-anak yatim, cuci-cuci telekung di mana-mana stesen minyak, melawat rumah-rumah kebajikan dan rumah orang-orang tua, ride Kibar Jalur Gemilang dan Pink Charity Ride untuk pesakit kanser. Berbekalkan pengalaman yang ada, Nora selalu dijemput untuk program-program bual bicara, menjadi tetamu dalam segmen BFull Selangor FM. Malah, QRM juga sering dipanggil untuk tunggang uji motor-motor baru yang keluar di pasaran Malaysia seperti Modenas Pulsar, Triumph dan Royal Enfield.

Selain itu, Nora juga dilantik sebagai AJK untuk sesuatu penganjuran acara permotoran, menghadiri seminar-seminar keselamatan anjuran pelbagai pihak NGO dan juga kerajaan. Lebih menarik lagi, Nora juga pernah berlakon sebagai watak tambahan dalam filem Minah Motor pada tahun 2016 dan drama KL Menjerit The Series pada tahun 2015. Beliau juga terlibat dalam segmen Primadona Astro 105 bersama Raja Ilya memberi makananan kepada gelandangan.

Sejak berkecimpung dalam dunia motor, beliau sering bertukar-tukar motor. Sehingga kini, beliau telah memiliki hampir 11 buah motor dari kapcai hingga motor besar. Dengan bermotor juga, beliau sudah selesai menjelajah semenanjung Malaysia, pernah ride ke Phuket Bike Week Thailand dan juga ke Sumatera Barat, Indonesia. Bila bermotor di tempat orang, barulah dapat kutip banyak pengalaman. Bukan saja dari segi budaya dan cara hidup tapi juga dapat banyak belajar tentang nilai-nilai persahabatan semasa mengembara bersama motosikal.

Sehingga kini, QRM telah menyertai pelbagai kelab motor dalam dan luar negara antaranya ialah Lady’s Bikers Malaysia, Bikes & Roses, Genuine Club, WIMA Malaysia, Givista Community, Team Hi Rev Malaysia, RD Club Malaysia dan LC Ladies Club. Women Riders World Relay (WRWR) dan Women’s International Motorcycles Association (WIMA WORLD) adalah kelab motor peringkat luar negara yang ingin disertai Nora sehingga kini.

Bagi makluman anda, Queen Riders Malaysia sedang dalam persiapan untuk ride event Ripple Relay Malaysia ke Johor Bharu yang bakal berlangsung pada 27 dan 28 Julai 2019. Misi utama ride ini adalah untuk mempromosikan Johor Bharu di mata dunia.

Kini Nora menggunakan Honda CB500x, sesuai dengan beliau yang gemar touring dan aktiviti-aktiviti lasak. “Motor saya tiada pengubahsuaian, kerana standard itu indah,” ujar Nora sambil ketawa. “Cuma apabila ride jauh, saya akan memasang windshield yang agak tinggi dan memasang top box GIVI di belakang.

Dengan motor CB 500x seperti ke Phuket Bike Week 2016 dulu bersama 8 orang rider wanita kental. Hinggakan kami dijemput naik ke atas pentas Phuket Bike Week untuk menerima cenderahati penghargaan daripada pihak penganjur. Kepuasan bermotor memang terasa apabila kita mengembara ke tempat orang. Betul kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman,” ujar beliau lagi.

Antara kenangan manis dalam bidang permotoran ialah penglibatan beliau sebagai peserta dalam Women’s Force Awakens dan namanya tercatat dalam The Malaysia Book Of Records pada tahun 2016. Jika berminat menyertai QRM, anda boleh hantar ‘request’ di Facebook dan Instagram Queen Riders Malaysia. Syarat untuk menjadi ahli, beli baju rasmi QRM dan ikut serta aktiviti-aktiviti dan konvoi QRM. Tiada sebarang yuran dikenakan dan penyertaan dari semua cc motor amat dialu-alukan.

Previous Post

Throwback : Konvoi Amal dan Motivasi

Next Post

Program Kempen Keselamatan Jalan Raya di SMK Seremban 2

Next Post

Program Kempen Keselamatan Jalan Raya di SMK Seremban 2

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved