Merentas negara melalui jalan darat sudah menjadi lumrah kepada pengemar sukan lasak 4 roda dan 2 roda. Sejak 2004 sehingga 2017, saudara Wan Baharudin B. Wan Harun merentas negara jiran yang berdekatan dengan Malaysia seperti Thailand, Laos, Vietnam dan Shangrila di China dengan menggunakan pacuan 4 roda bersama isteri dan anak.
Setelah membuat perancangan selama 2 tahun, Wan Baharudin B. Wan Harun atau dikenali dengan panggilan Yeop di kalangan kenalannya bersama isteri, Rozipah bt Mat Desa atau Cik Pah, buat pertama kalinya telah menukar cara perjalanan merentas ke negara jiran. Beliau telah menunggang motosikal Yamaha Y150ZR atau Ysuku bak kata anak-anak muda sekarang. En Rasysimi dari MyBikerz telah menaja segala kelengkapan dan keperluan motosikal Yamaha Y150ZR yang ditunggang Yeop.
Sektor 1
Bagi makluman, Yeop tidak mempunyai latar belakang seorang biker dan tajaan ini sangat bermakna buat beliau dalam misinya menjelajah Indonesia. Setelah siap segala perancangan dan berhubung dengan beberapa kenalan rakan bikers di Medan, motosikal kepunyaan Yeop telah dibawa ke pelabuhan Klang untuk dihantar ke Tanjung Balai (Medan) melalui feri penumpang pada September 2019. Apabila motosikal tersebut tiba di Tanjung Balai, Medan segala urusan diuruskan rakan-rakan biker Indonesia termasuk Iwan, Faisal dan Yamahan Alfa Scoppi. Mereka pula dibantu oleh Yamaha Riders Federation Indonesia – Medan Kota yang diketuai saudara Radja.
Selepas seminggu, Yeop bersama Cik Pah berangkat dari Pulau Pinang menaiki kapal Air Asia ke Medan dan disambut oleh Iwan, Wak Faisal dan terus mengambil motosikal di Yamaha Alfa Scoopi Medan yang sudah siap servis. Mereka turut meraikan Yeop dan Cik Pah dengan jamuan makan malam yang juga disertai Yamaha Riders Federation Indonesia, Tidak ketinggalan ialah Pak Fahmi yang datang sebagai wakil IBMI SUMUT(Sumatera Utara) dan Radja sebagai wakil YRFI Pusat mewakili presidennya Abi.
Keesokan pagi, Yeop dan isteri menuju ke Brastagi dan disambut Pak Asri yang juga ketua motor Brastagi dan bergambar di belakang Gunong Berapi Sinabong. Pada hari ketiga, mereka diiringi lady bikers Yanie dan sempat ke puncak 2000 Siposo2 dan Tonggeng. Seterusnya, mereka ke Siantar dan disambut oleh Kazar serta bergambar di Tugu Motor Siantar. Hari keempat pula, mereka bergerak ke Parapat, Danau Kota dari Siantar dan telah disambut oleh Om Yogi dari Warung Bikers Parapat. Seterusnya ke Pulau Samosir, Danau Toba dan melintas danau menaiki roro dalam 1 jam. Di sini, mereka disambut oleh Cikgu Tatulang anak motor Samosir dan menginap di Tut Tut Samosir.
Penjelajahan diteruskan lagi pada hari ke-5 di mana mereka meninggalkan Pulau Samosir untuk menghadiri Parapat Bike Week dan disambut urusetia Parapat Bike Week. Selesai Parapat Bike Week pada hari ke-7, mereka bertolak pulang ke Medan dan berkonvoi bersama YRFI Medan. Keesokan harinya, mereka menyertai Tour Medan dan sebaik selesai, Yeop menumpangkan motosikalnya di rumah Wak Faizal. Pada hari ke-9, pasangan ini berangkat balik ke Pulau Pinang sekali gus menyelesaikan misi Jelajah Sumatera Sector 1. Pasangan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Konsulat Besar Malaysia di Medan atas kerjasama semua yang terlibat sepanjang jelajah sector 1 ini. Tidak lupa juga kepada penaja iaitu MyBikers, Givi Espada, Koyoko, YFRI Indonesia AAM.
Sektor 2
Pertengahan bulan November (2019), Yeop bersama isteri tercinta sekali lagi terbang ke Medan dan disambut orang kuat permotoran YRFI @ Yamaha Riders Federation Indonesia Medan Kota iaitu Iwan, Wak Faizal dan Radja. Pada hari ke-2, perjalanan Yeop dan Cik Pah dimulakan dari Medan ke Brastagi, Sidikalang ke Sabussalam yang memakan masa selama 12 jam perjalanan. Mereka disambut ustaz Bro dan anak motor Sabussalam. Pada hari ke-3, mereka bergerak ke Tapak Tuan Meulaboh diiringi Putra anak motor Sabussalam sehingga Batas Tapak Tuan. Di sini, mereka disambut pula oleh Shahrul anak motor Tapak Tuan dan rakan rakan. Yeop dan isteri dibawa melawat sekitar Tapak Tuan, menziarahi makam dan makan tengah hari di Pantai Tapak Tuan. Hujan lebat dari daerah Tapak Tuan ke Meulaboh mengambil masa selama 10 jam perjalanan. Kemudian, mereka disambut Fauzi anak motor Meulaboh dan rakan sambil menikmati tea tarik session.
Keesokannya, mereka menuju ke daerah Meulaboh menuju ke Bandar Aceh. Perjalanan dimulakan seawal pagi dan diiringi hujan melalui gunung. Kemudian, mereka disambut anak-anak Motor Aceh yang diketuai wakil Walikota Pak Tony, Sufi, Dayat dan lain-lain. Mereka telah bermalam di Aceh dan berkesempatan menjelajah Aceh serta melawat tapak Tsunami. Pada hari ke-6, Yeop menaiki roro dari Bandar Aceh menuju ke Pulau Weh, Pulau Sabang (2 jam perjalanan) disambut Pak Suhar di Pulau Weh. Kemudian, mereka menginap di Pantai Iboh. Pada hari ke-7, Yeop dan Cik Pah menuju ke 0km Sabang dan tidak melepaskan peluang untuk bersantai dan snokerling di Pantai Iboh, Teluk Rubiah bersama anak-anak motor dari Ihoksamawe yang mengiringi mereka berdua.
Keesokannya, mereka berdua keluar dari Pulau Sabang ke Bandar Aceh terus ke Pidie dan disambut oleh wakil Walikota Pidie atas arahan Bro Dayat untuk menyambut Yeop dan Cik Pah. Pada hari ke-9, mereka menuju ke Pidie, Takengo (tempat pengeluar kopi gayo). Ketibaan mereka disambut Feery Kheong, anak motor Takengon. Mereka berdua menginap di Guesthouse milik Beng Beng Katiara Kopi Gayo Takengon. Kopi terbaik di dunia. Pada hari ke-10, mereka berpeluang menjelajah Takengon, seterusnya menuju ke Danau Lut Tawar atas gunung. Di sini, keadaan sejuk bila waktu malam dan terpakan tidur memakai stoking.
Pada hari ke-11, mereka menuju ke Kutacane yang mengambil masa selama 12jam perjalanan melalui jalan gunung dan disambut anak motor Kutacane. Keesokan harinya, mereka ke Brastagi dan menginap pula di rumah Pak Asim. Seterusnya, Yeop bersama isteri menuju ke Medan semula. Pada hari ke-15, mereka bergerak dari Medan ke Oantau Belawan diikuti pada hari ke16, lebih santai dan membeli-belah di Medan. Sekali lagi semasa di Medan, mereka menginap di rumah Wak Faisal. Motosikalnya juga ditinggalkan di rumah Wak Faisal. Setelah selesai jelajah sektor 2, Yeop bersama isteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang turut mereka berdua. Yeop dan Cik Pah bercadang untuk menyambung semula siri jelajah Indonesia dalam sektor ke-3.
Sektor 3
Bulan Februari tahun 2020, Yeop bersama isterinya Cik Pah sekali lagi memulakan perjalanan dari Pulau Pinang ke Medan dan menuju ke Permantar Siantar, Parapat, Sibolga yang memakan masa selama 4jam perjalanan. Mereka keTerowong Belanda bersama Wak Faisal dan Iwan. Salam perpisahan bagi YRFI Medan Kota. Dari Sibolga – Padang – Sidempuan – Bukit Tinggi dan melintas Garisan Equator (khatuliswa) di Pasaman (10jam perjalanan), mereka disambut oleh YRFI Bukit Tinggi. Seterusnya, pada hari ke4 dari Bukit Tinggi ke Lembah Harau, Kelok 9, Pagar Ruyong, Sawah Lunto, Danau Singkara, Bukit Tinggi.
Pada hari ke-5, dari Bukit Tinggi, mereka bergerak ke Puncak Lawang, Kelok 44, Danau Singakarak ke Padang dan disambut YRFI Padang dan servis motor di Yamaha Padang. Seterusnya, pada hari ke-6 dari Padang, mereka sempat ke Batu Si Tanggang dan terus ke Painan dan bermalam di Muko Muko (12 jam perjalanan). Keesokan hari iaitu pada hari ke-7, mereka menuju ke Bengkulu (9 jam perjalanan) laluan laut lepas Lautan Hindi dan melalui jalan gunung. Pada hari ke-8, mengelilingi Bengkulu secara santai, bandar tepi laut dan melawat Port Mallboro tinggalan Belanda.
Keesokannya, dari Bengkulu menuju ke Lampung, mereka singgah dan servis motor di Yamaha Lampung. Kemudian, mereka menaiki roro ke Merah, daerah Jawa pada waktu malam (2 jam perjalanan) dan tidur di Merak. Hari ke-11, mereka menjelajah Jakarta dan membeli belah. Pada hari ke-13, mereka menghantar motor untuk diservis di bengkel Syndicate Motor Indonesia milik Rial Hamzah. Nama Rial Hamzah tidak asing bagi rakan-rakan bikers di Malaysia. Beliau sering menjadi ketua rombongan untuk membawa rakan-rakan bikers dari Indonesia ketika menjelajah di Malaysia dan Thailand.
Pada hari ke-16, Yeop dan Cik Pah terpaksa berangkat balik ke Malaysia di atas arahan yang dikeluarkan. Semua warganegara asing diarah keluar segera dari Indonesia akibat Covid-19. Sepatutnya Yeop dan Cik Pah balik ke Malaysia pada 3 Mac. Perancangan awal selesai jelajah di Jakarta, Yeop dan isteri bercadang untuk meneruskan perjalanan mereka ke Lombok tetapi terpaksa ditunda. Motosikal Yeop ditinggalkan di bengkel milik Rial Hamzah buat masa ini. Setelah selesai musibah Covid-19 dan keadaan kembali pulih, Yeop dan isteri bercadang untuk menyambung perjalanan mereka dalam sektor 4 dengan menggunakan jentera Yamaha Y150ZR.
Ucapan terima kasih kepada Yamaha Riders Federation Indonesia (YRFI), Kilang Yamaha Indonesia, GIVI Malaysia, GIVI Indonesia, IMBI dan semua yang turut membantu memudahkan perjalanan Yeop dan Cik Pah sewaktu mereka di Indonesia. ~kNor~