Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Motosikal Pertama Dengan Teknologi Radar Bahagian Hadapan Dan Belakang

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-10-07
in BULETIN, UTAMA
0

Produksi Ducati Multistrada V4 yang menjadi motosikal pertama dilengkapi teknologi radar di bahagian hadapan dan belakang sudah dimulakan di kilang Ducati di Borgo Panigale, Itali. Bakal dilancarkan pada 4 November 2020, Multistrada generasi keempat itu menerima pelbagai bentuk penambahbaikan. Ducati telah membangunkan enjin V4 baharu yang lebih ringan dan kompak bagi memenuhi keperluan adventouring pelanggannya.

Ducati membawakan teknologi radar ke dalam motosikalnya, sekali gus mengesahkan apa yang diuar-uarkannya sejak tahun 2018. Adaptasi sistem tersebut bakal menjadi revolusi sebenar ke dalam dunia jentera dua roda. Sistem itu didakwa akan memberi keselesaan dan membantu penunggang terutama ketika mengharung perjalanan yang jauh. Radar berkenaan berupaya menganalisa persekitaran pada masa sebenar.

Minat Ducati terhadap sistem radar itu bermula sejak tahun 2016 lagi apabila ia menjalin kerjasama dengan Jabatan Elektronik, Maklumat dan Biokejuruteraan Politecnico di Milano. Ujian awal menunjukkan teknologi tersebut boleh digunakan pada motosikal. Ini membuatkan Ducati menghasilkan satu pakej bantuan tunggangan yang lengkap melibatkan dua radar dalam tempoh empat tahun.

Pembangunan sistem itu mendapat kerjasama rapat daripada Bosch sebelum dipasang pada Multistrada V4. Radar itu mempunyai saiz yang kompak seperti kamera GoPro dan hanya seberat 190 gram. Radar yang dipasang pada bahagian hadapan mengawal operasi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC). Maksudnya, ia mampu mengawal brek dan pecutan secara automatik berdasarkan kepada kenderaan di hadapan.

Penunggang boleh memilih daripada empat jarak dengan kelajuan bermula 30 hingga 160km/j. Sistem yang tidak jauh berbeza dengan apa yang dipasang pada kereta itu dibangun berdasarkan kepada dinamik dan ergonomik jentera dua roda.

Ini bermakna keupayaan autonomi sistem dari segi memecut dan memperlahankan jentera telah dihadkan bagi memastikan penunggang boleh mengawal motosikal dalam apa jua situasi. Radar belakang pula berfungsi mengesan dan melaporkan kenderaan yang berada dalam titik buta. Sistem Blind Spot Detection (BSD) juga memberi amaran jika ada kenderaan yang mendekati pada kelajuan tinggi.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

DU 2019-09-27 MTS 1260S GT
Previous Post

Throwback; Couplepackerz Ride Jelajah Indonesia

Next Post

Atasi Masalah Rantai Kendur

Next Post

Atasi Masalah Rantai Kendur

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved