Group ROSE Riders (Republic Of Skyline Entertainment Bikerz) kembali dengan misi kembara ukhwahnya di pantai timur. Kali ini, sebanyak 30 jentera dari seluruh negeri menyahut cabaran tersebut yang diadakan pada 25 September lalu.

Berkumpul di homestay di bukit tunggal, konvoy bergerak ke Dataran Syahbandar, persisiran pantai Batu Rakit dan Penarik serta bersolat Jumaat di sana. Selepas solat jumaat, para peserta konvoi bergerak ke pit stop Route T1 Setiu di mana satu perjumpaan silaturahim di antara ROSE Riders bersama grup Kelantan Bikers telah diaturkan oleh pemilik pit stop, En. Pok Alang Azhar.

Selesai majlis, para peserta konvoi bergerak ke perkarangan Jambatan Angkat Seberang Takir bagi majlis penyampaian sijil penghargaan kepada ahli-ahli terlibat dalam kembara ukhwah pantai timur sekali gus menutup program tersebut. Seperti yang dimaklumkan presiden ROSE Riders, Bro Zass menyatakan bahawa misi grup ini tetap sama iaitu menggerakkan ahli-ahli, jentera-jentera serta minat para peminat dua roda untuk menjalinkan silaturahim dengan riders dari wilayah yang dijelajah mereka. Seiring dengan tagline grup, Ride For Ukhwah!

Sinonim dengan kata-kata punchline mereka, biar tak laju tapi bergaya. ROSE Riders cukup bergaya dengan terus menjelajah seluruh wilayah negeri-negeri demi mencari ukhwah dalam dunia permotoran dua roda ini. Jika tiada aral, ROSE Riders akan menjelajah ke Johor Bahru pula pada 14 November ini.




































