Dengan populasi melebih 1.3 billion, tidak hairanlah India menjadi salah satu pasaran terbesar di dunia khususnya untuk pengangkutan dua roda. Justeru itu, ia bukan sesuatu yang menghairankan apabila banyak pengeluar motosikal Eropah yang membuka kemudahan pengeluaran di India bagi membangunkan motosikal khusus untuk pasaran tempatan di India seterusnya pasaran Asia.
Salah satu skuter dari Piaggio Group, Aprilia SXR 160 telah mendapat tempat di pasaran India. Skuter yang dipasangkan di kilang Aprilia Baramati telah meletakkan satu tanda ukur yang amat tinggi untuk segmen skuter premium di India.
Baru-baru ini, skuter ini telah ditabalkan sebagai Scooter Of The Year dari salah satu anugerah berprestij Autocar Award untuk tahun 2021. Skuter dengan spesifikasi India ini dinamakan sebagai Scooter Of The Year ekoran kombinasi unik antara gaya, prestasi dan juga keselesaan. Selain itu, Aprilia SXR 160 sendiri dikenali sebagai skuter yang mempunyai kualiti tersendiri.
Skuter Aprilia SXR 160 ini didatangkan dengan ciri-ciri premium seperti lampu LED, pemapar digital pelbagai fungsi, dan sistem ABS sebagai standard. Skuter ini dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 160cc, lengkap dengan teknologi 3V Tech FI Engine dan mematuhi peraturan BS6 yang berkuatkuasa di India.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Piaggio di India, Diego Graffi,“Pelancaran skuter Aprilia SXR 160 di pasaran India pada Januari dan Nepal beberapa minggu lalu, menyaksikan peningkatan yang mendadak dan merupakan satu kejayaan dalam mencapai posisi penting khususnya dalam segmen skuter premium.”
Sumber : Rideapart