Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Rider Motor Wajib Ambil Tahu – PERKESO

Roadstar Master Admin by Roadstar Master Admin
2021-04-07
in BULETIN, UTAMA
0

Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemic Covid-19, perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan menjadi antara perkhidmatan perniagaan yang cukup popular pada masa ini. Samada rider (penghantar) itu datang dari pihak Grab Food, Food Panda, Lalamove, Shopee, Ninja atau penghantaran secara sendiri, risiko seseorang rider (yang tidak dilindungi skim perlindungan Perkeso) seperti mana pekerja biasa, perlu diketahui lebih lanjut oleh semua rider ketika ini.

Perkara itu, dibangkitkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ketika Kempen Keselamatan Jalan Raya Perkeso yang berlangsung di Muar, Johor sekali gus menyedarkan kalangan rider penghantar barangan yang mungkin terdedah kepada risiko kemalangan dan kecelakaan jiwa tanpa sebarang jaminan diri sendiri.

“Jika dilihat dari senario perniagaan ketika musim pandemik Covid-19 ini, perkhidmatan penghantar barang atau makanan dari pelbagai platform aplikasi perniagaan, sememangnya perkhidmatan penghantaran paling popular dan hangat ketika ini.

“Namun apakah rider atau penunggang itu sedar, risiko yang bakal mereka hadapi? Bayangkan, bagaimana seandainya mereka berdepan dengan kecelakaan diri sendiri. Apakah mereka mempunyai skim perlindungan. Atau masih tidak tahu mengenai aspek kebajikan dan perlindungan keselamatan diri sendiri.

“Samada bujang atau yang berkeluarga, sudah tentu jaminan perlindungan diri semasa bekerja sebagai penghantar (rider) barangan, wajib ada bagi setiap rider masa kini,” ujar Goh perihal kepentingan caruman Perkeso dalam perkerjaan terutama dikalangan rider di Malaysia ini.

Tambahnya, pekerjaan seorang rider bukan bertaraf tetap (tanpa caruman Perkeso seperti pekerja biasa), rutin kerja yang tidak menentu, faktor cuaca yang ekstrem dan berdepan dengan lokasi yang tidak menentu, wajib bagi mereka (rider) mencarum skim perlindungan diri seperti Perkeso ini.

“Risiko ke atas rider penghantar barangan terlalu besar. Bukan sahaja kemalangan malah ada kalangan rider juga yang terkorban samada membabitkan insiden dengan pengguna lain ataupun disebabkan kecuaian sendiri,” ujar Pegawai Eksekutif Perkeso, Goh Geok Ching ketika sesi taklimat kepada para peserta yang mengikuti kempen tersebut.

Sejak Januari tahun lepas, pihak Perkeso mengalu-alukan rider penghantar barangan/makanan untuk mencarum sendiri memandangkan risiko yang bakal mereka hadapi sekiranya berhadapan dengan perkara yang tidak diingini.

“Dengan hanya caruman serendah RM13.10 hingga paling premium RM149.04 sebulan, Perkeso memberi skim perlindungan yang berterusan kepada setiap rider di Malaysia sekali gus kebajikan rider terbela seandainya berlaku perkara yang tidak diingini ke atas rider terbabit,” ujarnya ketika membentangkan taklimat ringkas di Dewan Jubli Intan, Muar baru-baru ini.

Kempen Keselamatan Jalan Raya Perkeso yang mendapat sokongan Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan GIVI Malaysia selaku penaja utama serta Motowazi yang mengelolakan program itu, telah dihadiri lebih 30 peserta mengikut ketetapan yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Antara aktiviti yang dijalankan pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Perkeso adalah taklimat mengenai kepentingan caruman Perkeso dalam perkerjaan dan perihal undang-undang trafik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada sesi sebelah pagi.

Manakala, semua peserta turut berkongsi ilmu bermanfaat dari krew Motowazi antaranya mengenai penyelenggaraan motosikal berserta teori dan praktikal latihan bermotosikal seperti mengawal motosikal ketika kecemasan dan memberhentikan motosikal ketika kecemasan sepanjang kempen terbabit.

Previous Post

The Aprilia SXR 160, Scooter Of The Year!

Next Post

KTM 1290 Super Duke RR Edisi Terhad, Hanya 500 Unit!

Next Post

KTM 1290 Super Duke RR Edisi Terhad, Hanya 500 Unit!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved