Saban hari, skuter maxi kian mendapat tempat di hati peminat dua roda samada di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Penampilannya yang cukup praktikal dan mudah digunakan. Jentera yang selesa ditunggang, menjadikan skuter maxi ini sebuah pengangkutan paling versatil yang boleh digunakan sebagai pengangkutan harian dan untuk perjalanan jarak jauh di hujung minggu.
Seperti yang diketahui, baru-baru ini BMW telah mengumumkan skuter 400cc yang dikemaskini; C 400 X dan C 400 GT. Suzuki juga turut tidak mahu ketinggalan dan telah mengemaskini Burgman 400. Suzuki terus menggungguli jualan tertinggi di seluruh dunia dan terima kasih kepada teknologi terkini yang dilengkapkan ke atas motosikal keluaran mereka.
Suzuki Burgman 400 tahun 2021 ini menerima enjin silinder 400cc dengan kepala silinder twin-spark baharu untuk lebih bersih dan pembakaran lebih cekap. Pemasaan pencucuhan juga telah dikemaskini untuk lebih mudah dihidupkan dan secara keseluruhannya, kuasa yang lebih selesa. Kesemua kemaskini terbaharu ini mematuhi piawaian standard Euro 5.
Selain itu, Burgman 400 ini dilengkapi dengan sistem kawalan traksi yang bergaya. Sistem ABS juga telah dikemaskini di mana hanya mengambil sedikit ruang serta respon lebih lancar. Tidak lupa juga ruang tempat letak barang yang lebih dari mencukupi sekitar 42 liter, outlet kuasa 12V dan sistem pencahayaan LED penuh untuk keselamatan maksimum di waktu malam.
Sumber : Rideapart / Omnimoto