Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Tetap Meriah, Bulan Puasa Bukan Halangan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-04-03
in BULETIN, UTAMA
0

Sempena penganjuran Festival Ramadan yang bermula dari 1 Ramadan sehingga malam raya, telah berlangsungnya Ramadan Iftar Bike Week 2024 bertempat di tapak Pesta Pulau Pinang. Diadakan pada 23 Mac lalu, program ini bermula dari pukul 4.00 petang dan berlanjutan sehingga pukul 12.00 tengah malam.

Bagi menyemarakkan lagi penganjuran program ini, turut diadakan ialah Pertandingan Motorshow dan beberapa aktiviti lain termasuk Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim dari Maahad Tahfiz Manahilil Irfan Batu Maung. Para pengunjung dan peserta turut berpeluang mengerjakan solat maghrib, isyak serta terawih berjemaah.

Tidak ketinggalan, program ini juga turut menyediakan moreh. Selain itu, penganjuran program bertambah bermakna dengan kehadiran jemputan khas iaitu Ustaz Shafizal Syawal dari Pusat Zakat Pulau Pinang yang menyampaikan ceramah sebelum berbuka puasa.

Dianjurkan oleh Rizunads Creative Production dengan kerjasama Pak Abu Event, program ini tetap mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun berlangsung ketika bulan puasa. Seramai 300 peserta telah berkumpul bagi memeriahkan lagi penganjuran program pada kali ini.

Manakala, seramai hampir 2000 orang pengunjung telah membanjiri tapak program yang dihiburkan persembahan Hadrah oleh Global Ikhwan Sdn Bhd dan Generasi Harapan. Sebanyak 30 kategori telah dipertandingkan dalam segmen motorshow. Sambutan untuk aktiviti ini juga mendapat sambutan yang baik dari para peserta.

Antara kategori yang disediakan termasuk kategori khas; Best Clean, Best Spray Can, Best Air Brush, Best Custom/Modi, Best Display, Best Sticker Design, Best Carbon, Best Colour, Best Sport Rim dan Best Karat/Lusuh. Tidak ketinggalan, Best Touring Style, Best Thai Look Style, Best RSX, Best RXZ (Ori Part), dan Best Custom Chopper.

Manakala untuk kategori utama pula terdiri daripada 4T STD, 4T Modi, 2T STD, 2T Modi, Scooter STD, Scooter Modi. Dimeriahkan lagi kategori tambahan seperti Best Yamaha Open, Best Honda Open, Best Suzuki Open, Best Retro Open, Best Classic Open, Best Of Superbike, Best Of Tayar Besar Open dan Best Of Tayar Kecik Open.

Pihak penganjur turut menjemput artis undangan Najwa Latif untuk menceriakan lagi suasana yang diadakan selepas solat terawih. Lebih meriah lagi, program turut menyediakan segmen Cabutan Bertuah yang menawarkan hadiah utama, sebuah motosikal tajaan KB Soon Huat Sdn. Bhd. Pihak Koyoko juga turut menyumbangkan hadiah untuk segmen ini diikuti para penaja lain.

Antara tetamu yang sudi meluangkan masa dan hadir ke program ini termasuk Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar Pulau Pinang, YB Haji Rashidi Bin Zinol, En. William Khoo dari KB Soon Huat Sdn Bhd selaku penaja utama, wakil dari Generasi Harapan selaku penaja bersama dan En. Mohd Ridzuan Bin Nasir yang juga penganjur program.

Program yang berlangsung dengan meriah ini telah melabuhkan tirainya dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang untuk pertandingan motorshow dan juga Cabutan Bertuah di mana pemenang bertuah membawa pulan sebuah motosikal. Program tamat sekitar pukul 12.00 tengah malam. Semoga program ini diadakan setiap kali bulan Ramadan dengan lebih banyak aktiviti menarik!

Previous Post

Agih Bubur Lambuk, 700 Pek Diagihkan

Next Post

3 Pilihan Warna Terbaharu, Dijual Pada Harga RM46.8K

Next Post

3 Pilihan Warna Terbaharu, Dijual Pada Harga RM46.8K

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved