Model Maxsym TL 500 mendapat peningkatan baru dengan kehadiran MForce baru-baru ini yang telah melancarkan skuter maxi terbaru ke pasaran Malaysia di bawah jenama SYM iaitu Maxsym TL 508 (2024)!
Model yang dilancarkan oleh MForce sebagai pengganti kepada model terdahulu – TL 500 menerima pembaharuan dengan penaikan taraf enjin, peningkatan beberapa ciri-ciri menarik serta penambahan berat basah.
Menjengah ke ruangan enjin, TL 508 mempunyai output enjin yang lebih tinggi sedikit berbanding model TL 500. Dengan konfigurasi 508cc Inline twin cylinder, 8 Valve, DOHC, liquid-cooled yang patuh peraturan emisi Euro 4, TL 508 berupaya menghasilkan 45hp @ 6,750rpm dan tork 49.9Nm @ 5,250rpm. Kuasa disalurkan ke tayar belakang menggunakan transmisi CVT.
Difahamkan, Maxsym TL508 mempunyai tangki bahan api yang berkapasiti 12.5 liter untuk menampung berat motor yang sebanyak 227kg. Maxsym TL508 dilengkapi dengan beberapa ciri menarik seperti sistem Traction Control (TCS), sistem brek ABS dwi-saluran serta nyalaan lampu LED hadapan.
Motosikal ini juga turut menawarkan kemudahan lain seperti paparan meter TFT, keyless entry, serta port pengecasan USB, serta windshield boleh laras.
Di majlis pelancaran bersama media dan pengedar di bawah jenama SYM, harga asas yang ditawarkan adalah sekitar RM46,888 (tanpa perlindungan insurans dan cukai jalan) sekali gus menjadikan ianya sebuah skuter maxi yang cukup mewah pada harga yang mampu milik.
Sudah pasti, ianya bakal memberikan saingan yang hebat terhadap model-model otai lain seperti Yamaha T-Max 560 dan Kymco AK550 Premium yang mana kedua-duanya dijual pada harga asas RM74,998 dan RM65,600!
Bagi mereka yang berminat dengan model TL 508, terdapat tiga pilihan warna baharu yang ditawarkan iaitu Indigo Blue, Storm Grey dan Jet Black dan model ini hanya boleh didapati di semua pengedar sah MForce bermula seawal Mei depan.
SPESIFIKASI MAXSYM TL 508
ENJIN
Enjin Type Inline Twin Cylinder, 4-stroke
Displacement (cc) 508
Bore x Stroke (mm) 68 x 70
Maximum Power 33.5kW @ 6,750rpm
Maximum Torque 49.9Nm @ 5,250rpm
Sistem Penghidup Elektrik
Sistem Ignition Full Transistor Ignition
Clutch Wet, Multiple-dics Automatic Clutch
Transmision CVT
Sistem Bahan Api EFI
CASIS
Suspensi Depan Teleskopik Fork
Suspensi Belakang Lengan Ayun
Brek Hadapan 275mm Cakera Berkembar
Brek Belakang 275mm Brek Cakera
Tayar Hadapan Tubeless 120/70-R15
Tayar Belakang Tubeless 160/70-R15
ABS Dual Channel
Bateri 12V 8.6Ah
DIMENSI
Panjang x Lebar x Tinggi (mm) 2,215 x 801 x 1,468
Ketinggi Tempat Duduk (mm) 795
Berat (kg) 227
Kelegaan Bumi (mm) 145
Wheelbase (mm) 1,543
Kapasiti Tangki Minyak (L) 12/5