Bubur lambuk sangat sinonim dengan bulan Ramadan dan sering menjadi pilihan untuk menjadi juadah berbuka puasa dan tidak kurang juga, dijadikan santapan bersahur. Maka, tidak hairanlah bubur lambuk sering menjadi juadah yang diagihkan sepanjang Ramadan.
Beberapa program agihan bubur lambuk rancak diadakan dan salah satunya program yang dianjurkan oleh Kelab Motosikal Ride Santai yang dijayakan bersama Wings Motor Gang Society (WMGS). Usahasama ini turut mendapat kerjasama dari Kelab Virulent MC dr Singapura bersama beberapa kelab motosikal pelbagai jenama seperti Honda Goldwing, BMW, Kawasaki dan lain-lain dari sekitar Alor Setar.
Bagi makluman, sebanyak 700 pek bubur telah diagihkan dan seramai 30 sahabat bikers terlibat sepanjang pengagihan kali ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dato Ron dari Kelab Virulent MC atas kesudian beliau bersama-sama memberi sumbangan untuk penyediaan bumbur lambuk dan menjayakan program ini.
Diadakan di hadapan Ain Optometry yang terletak di Stadium Darul Aman, Alor Setar, program ini dianjurkan bertujuan untuk mengukuhkan jalinan ukhuwah di antara bikers dan juga masyarakat. Selain berkongsi rezeki, program ini juga menambahkan lagi kemeriahan Ramadan di samping mencari keberkatan pada bulan yang mulia ini.