Sebanyak 160 buah motosikal TXR150 berjaya dihimpunkan pada ride kali ini sekaligus mencatatkan penyertaan paling ramai yang melibatkan motosikal model tersebut. Dianjurkan oleh Family Txr Ipoh (FTI) dengan kerjasama Panther Perak, program ini turut disertai pelbagai motosikal lain sebagai tanda sokongan.
Perjalanan dari Ipoh menuju ke Gerik ini mengambil masa selama 3 jam dan sejauh 189km. Selain berkonvoi, pelbagai acara sampingan lain turut diadakan bagi merancakkan lagi penganjuran program ini. Antara yang sempat diadakan termasuk cabutan bertuah dan juga Pilihan The Best untuk 4 kategori yang telah dipertandingkan; Panther Cicak, Panther Jerong, Panther Gama dan Panther Custom.
Program ini bukan sahaja disertai para peserta dari Perak, malah turut dimeriahkan lagi dengan penyertaan sahabat-sahabat dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Diharapkan program ini dapat menarik minat anak-anak muda terhadap motosikal Retro seperti TXR50. Program seterusnya ialah Ride Ke Kuala Kubu yang dijadualkan berlangsung pada 12 Disember depan.
Perkongsian : Fuad