Sebagaimana program-program ride terdahulu, program kali ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan ukhwah di antara sahabat-sahabat CRS Negeri. Dalam masa yang sama, para peserta juga berpeluang melawat lokasi-lokasi menarik di sekitar Kuala Kangsar dan Taiping.
Berlangsung pada 31 Oktober lalu, CRS Perak Official diketuai oleh presidennya, saudara Zam CRS yang dibantu saudara Jay dan saudara Kuplai Khan telah bersama-sama menganjurkan program ride ke Kuala Kangsar dan Taiping yang dinamakan sebagai Ride Silaturahim CRS Malaysia Official.
Program ini turut dimeriahkan dengan kemeriahan CRS Selangor yang diketuai presidennya, saudara Paksu Ismail yang dibantu saudara Shamsul Shaari. Diikuti CRS Negeri Sembilan yang diketuai oleh presidennya saudara Amiey yang dibantu oleh saudara Zain Azman. Tidak ketinggalan, CRS Kuala Lumpur yang turut hadir dan diketuai oleh presidennya, Mamat Don yang dibantu Saudara Rayza.
Sebanyak 208 buah jentera motosikal Honda RS15OR telah mengikuti program kali ini hasil gabungan 4 buah negeri tadi. Program dimulakan dengan tempat perjumpaan di Vista Point sebelum Terowong Menora di lebuhraya arah utara Ipoh, Perak pada jam 10 pagi. Konvoi bergerak ke Kuala Kangsar pada jam 11.00pagi menuju ke Restoran Talam yang terletak di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar.
Pada jam 12.30 tengah hari, para peserta konvoi bersama krew tiba dan menikmati juadah makanan kampung yang enak sebelum meneruskan perjalanan ke Taiping. Seterusnya, sekitar 3.00 petang, para peserta konvoi bersedia untuk memulakan perjalanan ke Taiping dan disambut presiden RS150R Larut Matang & Selama (LMS), En. Ali dan Crew. Mereka turut disertai kelab motosikal dari Salam Bikerz Taiping diketuai En. Nordin.
Konvoi diiringi dengan bantuan dari pihak PDRM bagi memastikan kelancaran perjalanan lalulintas. Kemudian, para peserta dibawa melawat kilang air mineral Spritzer yang terletak di Air Kuning, Taiping. Kesempatan itu diambil sepenuhnya oleh peserta konvoi untuk bergambar kenangan di kawasan Ecopark Spritzer yang sangat menarik dan luas.
Seterusnya, konvoi diiringi menuju Pejabat Kelab RS15OR LMS yang terletak di Kamunting, Taiping. Ketibaan Konvoi disambut oleh Datuk Ton Zailani Bin Haji Mat Darus yang merupakan Presiden Kelab Peminat Cup Prix Malaysia. Beliau juga menaja juadah makanan dan minuman pada petang itu.
Ketibaan konvoi dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari Presiden Kelab LMS, Encik Ali dan diteruskan dengan ucapan dari Datuk Ton Zailani yang menzahirkan kegembiraannya dapat berkumpul dengan sahabat-sahabat permotoran dari seluruh tanahair.
Selepas menjamu selera pada petang itu, para peserta konvoi diberikan kesempatan bergambar beramai-ramai bersama barisan tertinggi Kelab-Kelab bersama Datuk Ton Zailani sebelum majlis bersurai. Konvoi diiringi sekali lagi oleh pihak PDRM dan dibantu Kelab Motosikal Salam Bikerz untuk berangkat pulang sehingga ke Tol Kamunting.
Di kesempatan ini, Kelab CRS Perak Official ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ride kali ini terutamanya Datuk Ton Zailani, Encik Ali Dari Kelab LMS dan Crew, Encik Nordin dari Salam Bikerz dan Crew, Encik Saiful Wakil Dari Kelab Raintanker dan Crew serta tak lupa juga kepada Semua Crew CRS Malaysia Official..
Insya Allah Kita berjumpa lagi di program akan datang…
Enjoy Your Ride With CRS!
Perkongsian : Zam CRS Perak Official