Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Club Antique Motor Kulim Berkonvoi Ke Perak!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-11-19
in BULETIN, UTAMA
0

Setelah lama berehat dari melakukan program berkonvoi ke sana ke sini kerana PKP yang berpanjangan, Club Antique Motor Kulim kembali beraksi dan destinasi pilihan kali ini adalah dua daerah berbeza di negeri Perak. Sebelum itu, Antique Motor Kulim rata-ratanya dianggotai oleh para pemilik motosikal Honda C70 berlampu bulat.

Bagi program kali ini, Club Antique Motor Mulim telah bergabung dengan dua group iaitu Kapcai Dua Beradik dan group Route P169 Nibong Tebal Burger Station. Manakala dua daerah berbeza yang dimaksudkan adalah Ban Pecah dan Pos Kuala Mu.

Terdapat banyak tempat menarik di negeri Perak dan di sepanjang perjalanan, para peserta konvoi dibasahi hujan tetapi ia langsung tidak mematahkan semangat. Di Ban Pecah, para peserta disambut oleh encik Syed Kamalrul Sufian Bin Syed Kadiron Mustafa dari Pitstop Ban Pecah Route A190 dengan layanan yang diberikan memang terbaik. Pemandangan sepanjang pantai amat cantik dan dipenuhi para pelancong dalam negeri.

Seterusnya, konvoi menuju ke Pos Kuala Mu (perkampungan orang asli) dan paling banyak menguji mentaliti para peserta juga ragam motor masing-masing. Berkat kesabaran dan keupayaan motor, para peserta konvoi berjaya mengharungi segala cabaran di perjalanan ke Pos Kuala Mu. Jalan ke Pos Kuala Mu berbukit dan bengkang-bengkok di setiap arah ke tempat yg dituju. Para peserta berpeluang bermalam dalam khemah dan chalet.

Kemesraan para penduduk kampung orang asli dan semuanya baik-baik belaka. Pada hari pertama tiba di pos Kuala Mu, hujan turun dengan lebat sekali tapi itu tidak menajdi masalah kepada para peserta berkonvoi. Bagi peminat alam semulajadi, Pos Kuala Mu adalah tempat terbaik untuk menikmati suasana hutan dan air terjun.

Perjalanan konvoi adalah suatu yang menyeronokkan kerana ia dapat mencipta suatu ukhwah persahabatan, setiakawan dan tolong-menolong di antara satu sama lain. Pengalaman ini tidak dijual di pasar raya mahupun di pasar malam.

Club Antique Motor Kulim mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zahiruddin Bin Zahari dari Group Kapcai Dua Beradik dan Encik Muhammad Faiz Bin Md Razuki dari Group Route P169 Nibong Tebal Burger Station yang sudi bersama atas tujuan yang sama iaitu bergabung, berkonvoi secara berkumpulan. Terima kasih juga kepada semua ahli-ahli yang berkonvoi.

Akhir sekali, Pengerusi Club Antique Motor Kulim, Encik Abdul Razak Bin Buhari ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yg menjayakan program dari awal sehingga ke akhir. Tidak lupa juga kepada pengusaha Sadin Kak Sal (Puan Salmah Abu Bakar) yang selalu menaja aktiviti kelab.

Sekiranya anda ingin mengikuti kisah dan aktiviti selanjutnya, para pembaca boleh layari Facebook Club Antique Motor Kulim.

Perkongsian : Razak

 

Previous Post

Terima Sambutan Hangat, Menghimpunkan Pemilik Suzuki TXR150 Paling Ramai!

Next Post

Bermula Dari Minat, Kini Jadi Perniagaan Keluarga!

Next Post

Bermula Dari Minat, Kini Jadi Perniagaan Keluarga!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved