Sebagai tanda sokongan kepada peminat dan pembikin motosikal kustom, glo™ bekerjasama dengan pembikin motosikal kustom terkemuka, DewaAxe, untuk membangunkan satu-satunya motosikal berdasarkan glo™ HYPER X2 Special Edition dan Royal Enfield Hunter 350. glo™ akan mengedarkan hadiah bernilai RM50,000, termasuk sebuah Royal Enfield Hunter 350 yang akan dikustom oleh pembikin tersohor, Dewa Axe.
Hadiah premium lain termasuklah helmet retro Bell Bullit, sarung tangan kulit Fuel Rodeo dan pelbagai cenderahati Hikari Riders. Setiap pembelian peranti glo™ HYPERX2 akan melayakkan satu penyertaan, selagi pembelian dibuat dalam tempoh peraduan berlangsung.
Pelanggan akan diberikan kod QR yang akan membawa mereka ke laman mikro di mana mereka perlu mengemukakan bukti pembelian dan jawab dua soalan mudah. Jika jawapannya betul, mereka akan layak untuk memenangi satu daripada hadiah yang disediakan. Tempoh peraduan ialah dari 1 April 2023 hingga 31 Mei 2023.
Motosikal glo™ x Dewa Axe Royal Enfield Hunter 350 akan dipertontonkan pada Jun 2023. Ikuti Instagram glo™ Malaysia untuk kemaskini lanjut. Pelanggan perlu berumur 18 tahun ke atas untuk membeli peranti berkenaan dan untuk ikut serta dalam peraduan. Pemenang yang dipilih akan diumumkan pada Jun 2023.
Bagi makluman, glo™ HYPER X2 merupakan peranti THP terbaru di pasaran dan dikeluarkan oleh BAT Malaysia. glo™ HYPER X2 menampilkan rekaan yang moden dan menawan, bersekali dengan Advanced Heat Technology yang membolehkan pengguna untuk membayangkan semula, memberi definisi baru serta mengendalikan pengalaman mereka.
Pada musim perayaan ini,glo™ juga melancarkan glo™ HYPER X2 edisi istimewa dalam gabungan warna emas dan putih dengan harga RM88seunit.
glo™ Hyper X2 Edisi Istimewa Emas dan Putih boleh didapati secara eksklusif di 7Eleven di sekitar Lembah Klang dan dalam talian di laman rasmi glo™ di Shopee dan Lazada.