Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Tema Kempen Keselamatan Jalan Raya AMI Suzuki 2024

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-01-24
in BULETIN, UTAMA
0

Suzuki Malaysia Sdn Bhd melaksanakan Kempen Keselamatan Jalan Raya buat kali kedua menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang akan berlangsung awal Februari depan. Program ini merupakan inisiatif ke-7 dalam siri acara yang dianjurkan setiap tahun di bawah Kumpulan Syarikat AFY Mobility Industries (AMI).

Mengambil pendekatan sama seperti tahun lalu, kempen ini menyasarkan pengguna motosikal yang akan mengharungi perjalanan sepanjang perayaan kelak. Tema Kempen Keselamatan Jalan Raya AMI-Suzuki tahun ini ialah ‘Keprihatinan Anda, Keselamatan Bersama’ yang menumpukan keprihatinan daripada pengguna jalan raya, terutama penunggang dan pembonceng motosikal.

Majlis dirasmikan Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal & Skuter Malaysia (MMSDA), Datuk Wee Hong itu turut mengadakan pemeriksaan keselamatan 16 bahagian motosikal untuk orang ramai secara percuma di bertempat di Plaza Tol Sungai Besi, Arah Selatan.

Pemeriksaan berdaftar juga turut menawarkan penukaran topi keledar lama dengan baharu, sarung tangan dan jaket keselamatan secara percuma. Ketika berita ini ditulis, hampir 500 pengguna motosikal yang melalui kawasan Hentian Rehat Plaza Tol Sungai Besi memanfaatkan tawaran percuma pemeriksaan keselamatan motosikal terhadap 16 bahagian penting yang dilakukan oleh mekanik Suzuki terlatih.

Antara 16 bahagian motosikal yang diperiksa adalah lampu hadapan, lampu isyarat (depan dan belakang), lampu belakang, lampu brek, hon, tuil klac, pendikit minyak dan suspensi bahagian hadapan. Selain itu, turut diberi penekanan adalah pada penyerap hentak di bahagian belakang, kobocoran enjin, rantai atau gegancu rantai, keadaan bunga tayar, brek pad, tuil brek, aras bagi cecair brek depan dan juga tekanan angin pada tayar.

Kempen ini turut mendapat Kerjasama daripada Persatuan Pengedar Motosikal & Skuter Malaysia dan turut disokong oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS) dan PLUS Malaysia Berhad).

Previous Post

Skuter Berkuasa 150cc Dengan TCS, Dilengkapi Ciri-ciri Premium

Next Post

Ronda-Ronda Balik Pulau Dan Sekitarnya

Next Post

Ronda-Ronda Balik Pulau Dan Sekitarnya

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved