Sebanyak 30 buah jentera telah mengikuti dan memeriahkan lagi penganjuran program Support Each Other III. Selain menyediakan aktiviti untuk ahli-ahli kelab, ride santai ini juga bertujuan untuk memberi sokongan kepada para peniaga kecil-kecilan yang ditemui sepanjang perjalanan.
Lokasi yang menjadi pilihan kali ini ialah Balik Pulau dan kesempatan ini digunakan para peserta sepenuhnya. Apatah lagi apabila menjumpai gerai menjual buah durian. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk menikmati raja buah itu. Pelbagai gelagat melucukan sepanjang para peserta berhenti di gerai durian ini.
Bagi makluman, program Support Each Other ini terdiri dari 3 wilayah iaitu Northern ROSE Rider, Perak State ROSE Rider dan Federal ROSE Rider. Dalam taklimatnya, presiden ROSE Rider telah merangka program penjelajahan Ukhuwah Permotoran di seluruh negeri untuk menaikkan lagi semangat para peminat dua roda.
Sekiranya ada yang berminat untuk menyertai keluarga dan kelab ini, sila layari laman Facebook Republic Of Skyline Entertainment atau berhubung terus dengan presiden iaitu Bro Zass di talian 017 – 276 2347.