Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Teknologi Quintet Guard, Pecutan Maksima & Pengendalian Lebih Lancar

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-09-07
in BULETIN, UTAMA
0

Setiap kali menunggang superbike di hamparan jalan yang terbuka luas, sudah tentu anda dikuasai keterujaan dan kegembiraan yang sukar diungkap dalam kata-kata. Di lebuh raya mahupun di tengah-tengah kota metropolitan, kuasa yang menggerakkan jentera anda itu tiada tandingan. Bagaimana kalau ada cara untuk mempertingkatkan kuasa itu?

Bukan sekadar membekalkan kuasa ekstra tetapi juga memberi perlindungan unik untuk enjin superbike anda. IDEMITSU IRG 5 Series, alami prestasi penunggangan perlumbaan di litar lumba pada superbike anda untuk penunggangan harian walaupun hanya di atas jalan raya biasa. Direka dengan kepakaran IDEMITSU, IRG 5 Series ini berfungsi untuk melindungi dan meningkatkan prestasi superbike anda.

Sebagaimana yang diketahui, pemilihan superbike dalam kalangan pengguna motosikal kian meningkat dan permintaan berkaitan penjagaan serta penambahan kuasa semakin tinggi dari sehari ke sehari. Bagi memenuhi permintaan pasaran, IDEMITSU menawarkan IRG 5 Series yang diformulasikan untuk memberikan lima perlindungan ultra unik teknologi Quintet Guard yang sempurna dan dalam masa yang sama, memaksimakan enjin motosikal.

Gabungan Teknologi Dan Kepakaran Idemitsu
Idemitsu menggunakan formulasi unik yang direka khas menerusi minyak motosikal terbaharu IRG 5 Series ini dengan memanfaatkan sepenuhnya teknologi terkini dan kepakaran kejuruteraan minyak mereka selama lebih dari 100 tahun. Minyak enjin IRG 5 Series ini diformulasi dengan teknologi yang sangat terperinci dan lebih teliti untuk mendapatkan hasil yang tepat.

Baca Selanjutnya ; https://roadstarmag.com/utama/terbahagi-kepada-tiga-model-high-premium-premium-dan-flagship.html

Minyak enjin terbaharu ini juga merupakan gabungan pengetahuan dan kepakaran jurutera Idemitsu dalam perlumbaan superbike dan saingan Kejuaraan Motosikal Dunia MotoGP yang terlibat dalam pentas tersebut. Bukan itu sahaja, Idemitsu juga terlibat secara langsung dengan sukan permotoran dua roda sebagai penaja beberapa pasukan termasuk bekerjasama dengan Honda dalam Cub Prix Malaysia dengan membentuk pasukan Idemitsu Honda Yam Racing.

Baca selanjutnya ; https://roadstarmag.com/utama/memajukan-industri-petroleum-tanpa-membelakangkan-kepentingan-alam-sekitar.html

Quintet Guard Technology
Quintet yang bermaksud lima, seiring dengan lima kelebihan perlindungan ultra Teknologi Quintet Guard yang dihasilkan gabungan pakar-pakar IDEMITSU; Fluidity (bendalir / yang boleh mengalir), Adaptivity (penyesuaian), Smoothness (kelancaran), Responsiveness (responsif) dan Durability (tahan lama). Gabungan kelima-lima kelebihan ini dapat ditingkatkan secara maksima bergantung cara penunggangan anda. Seterusnya meningkatkan prestasi enjin dan memberikan keseronokan di setiap perjalanan.

Berikut, 5 kelebihan perlindungan ultra unik dengan penggunaan IDEMITSU IRG 5 Series;

Fluidity (bendalir / yang boleh mengalir)
Minyak akan mengalir ke setiap sudut enjin untuk melindungi dari kehausan dan kerosakan

Adaptivity (penyesuaian)
Ciri atau sifat minyak akan disesuaikan mengikut situasi untuk melindungi enjin walaupun pada muatan dan suhu tinggi.

Smoothness (Kelancaran)
Kelancaran minyak melindungi enjin dan mengurangkan bunyi bising ketika menunggang khususnya di kawasan bandar

Responsiveness (Responsif)
Ketebalan minyak segera terbentuk apabila diperlukan untuk melindungi enjin

Durability (Tahan Lama)
Bahan-bahan yang aktif melindungi enjin secara berterusan untuk jangka hayat yang lebih panjang.

Pecutan Mengagumkan, Yang Lain Jauh Ketinggalan!

Anti-Kehilangan Kuasa Nanotech
IDEMITSU IRG 5 Series, diformulasi dengan teknologi yang sangat terperinci dan lebih teliti untuk mendapatkan minyak yang melancarkan peralihan gear serta memecut sebaik sahaja enjin dihidupkan, meninggalkan yang lain jauh ketinggalan di belakang. Peralihan gear lebih lancar dan lebih selamat, selesa serta menyeronokkan. Respon atau tindak balas enjin juga lebih baik dan bertepatan dengan gerak hati anda sebagai seorang penunggang motosikal.

IDEMITSU Nano Silky Tech
Peralihan gear selembut sutera, lebih lancar ketika memecut yang membolehkan anda fokus terhadap penunggangan. Silky Nano Silky Tech juga membolehkan peralihan yang lancar walaupun anda sedang memecut pada kelajuan tinggi. Bebas menunggang tanpa gangguan dan hanya penunggangan anda di atas jalan sebagai tumpuan. Dengan formula ‘Silky Shift’, geseran di antara metal dalam enjin dapat dikurangkan.

Minyak enjin IDEMITSU IRG 5 Series 15W-50 MA2 dibekalkan dalam pek 1liter ini mematuhi dan menepati piawaian JASO MA2 dan level kualiti setaraf API SL. Bagi penunggangan yang menyeronokkan, peralihan gear selembut sutera, selesa dan selamat serta prestasi yang dipertingkatkan, dapatkan minyak enjin IDEMITSU IRG 5 Series 15W-50 MA2 untuk motosikal anda.

Previous Post

Dari Benelli RFS150 Ke Baby Ducati

Next Post

Penyertaan Kali Pertama, Pertaruh Bakat Muda

Next Post

Penyertaan Kali Pertama, Pertaruh Bakat Muda

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved