Road Star
Benelli
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

TBPR Kekalkan Rentak Konsisten

Roadstar Master Admin by Roadstar Master Admin
2021-04-05
in BULETIN, UTAMA
0

Barisan pelumba Tuneboss Pink Racing Team (TBPR) terus mengekalkan rentak konsisten pada saingan Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia yang berakhir di Litar Sepang Utara semalam. Meskipun bukan kejayaan podium yang dicipta, tetapi dua pelumba kelas CP125 pasukan tersebut, Siti Norafizah Mohamad dan Harith Farhan Baharin masih boleh tersenyum bangga kerana terus berjaya meraih mata.

Ia suatu pencapaian yang yang wajar dipuji berdasarkan pengalaman serta reputasi mereka dalam perlumbaan kelas elit itu. Norafizah atau lebih dikenali sebagai Fifi tetap tampil dengan rentak cemerlang apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik. Pada perlumbaan akhir kelas CP125 itu, Fifi satu-satunya pelumba wanita dalam kategori tersebut, menamatkan perlumbaan di tempat kelapan dengan catatan masa 11:27.978 saat (s).

Walaupun gagal mengekalkan pencapaiannya pada Pusingan 1 sebelum ini apabila menduduki tempat kelima, Fifi tetap tampil hebat tanpa menunjukkan sebarang rasa gentar berdepan cabaran daripada barisan pencabarnya. Dia bersaing dengan ramai pelumba ‘otai’ dalam kelas CP125 tetapi tetap mampu mempamerkan tunggangan yang bertenaga, sekali gus mengutip 8 mata kejuaraan.

Ketika mengharungi sesi kelayakan semalam, dia sekadar muncul sebagai pelumba ke-11 terpantas dengan masa 1:23.931s sepusingan dan kedudukan tersebut ternyata tidak menjejaskan semangat ketika menghadapi perlumbaan akhir hari ini.

Rakan sepasukannya, Md Harith Farhan Baharin pula semakin memperlihatkan keselesaan dengan jentera Yamaha dan hari ini, pelumba asal Terengganu itu berjaya menamatkan perlumbaan lapan lap itu di kedudukan ke-10 dengan catatan masa 11:28.660s.

Sebelum ini pada Pusingan 1, Farhan yang mula beralih ke jentera Yamaha musim ini menghuni kedudukan kelapan. Lebih menarik, Farhan turut mencatat pencapaian yang sangat membanggakan pada sesi Shootout hari ini apabila muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 1:38.653s sepusingan.

Apa yang lebih penting buat dua pelumba ini adalah rentak konsisten mereka untuk menyumbang mata kepada pasukan TBPR yang mula membuat kemunculan di Cub Prix musim ini.

Mereka masih mempunyai banyak kekurangan baik dari segi jentera mahupun pengalaman, tetapi dua pelumba ini telah mempergunakan sepenuhnya semangat yang ada pada diri mereka untuk mengatasi segala kekurangan yang ada dalam pasukan.

Perlumbaan akhir kelas CP125 hari ini dimenangi pelumba berpengalaman dari pasukan Ipone Yamaha Pang Racing, Md Adib Rosley dengan masa 11:27.095s. Tempat kedua dan ketiga, masing-masing dimenangi Md Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR Racing Team) dan Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (CKJ Racing).

Wakil TBPR dalam kategori Wira, Siti Norsyafiyah Alia Saarizan pula masih belum menemui rentak, namun dia berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-20 dengan masa 10:58.475s. Kini, Fifi menghuni tempat keenam bagi kategori keseluruhan pelumba dengan mengumpul 19 mata manakala Farhan berada di kedudukan kesembilan dengan 14 mata. Kedudukan pendahulu keseluruhan dipegang Adib Rosley dengan mengumpul 41 mata.

Bagi kategori berpasukan, TBPR berada di kedudukan keempat dengan 33 mata.

Sebaik berakhirnya saingan Pusingan 2, kejuaraan Cub Prix Malaysia akan berehat selama sebulan sempena Ramadan dan akan kembali untuk Pusingan 3 pada 22-23 Mei nanti di Litar Lumba Tangkak, Johor.

 

Previous Post

Kemenangan Pertama Musim 2021 Nazirul Izzat

Next Post

Skuter Maxi Suzuki Burgman 400 Dikemaskini, Tampil Segar Dan Bergaya

Next Post

Skuter Maxi Suzuki Burgman 400 Dikemaskini, Tampil Segar Dan Bergaya

KATEGORI

  • UTAMA
  • SHOW OFF
  • BULETIN
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI

POPULAR

  • Lawatan Ke Teratak Mije The Snake Master

CAPAIAN

  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved