Road Star
Benelli
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kemenangan Pertama Musim 2021 Nazirul Izzat

Roadstar Master Admin by Roadstar Master Admin
2021-04-05
in BULETIN, UTAMA
0

Nazirul Izzat Mohd Bahauddin yang baru menyertai pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor musim ini, menghadiahkan kemenangan pertama musim 2021 kepada pasukan tersebut di pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS. Kemenangan Nazirul yang dicatat dengan masa 14’38.028s merupakan kemenangan CP150 kedua bagi pelumba berusia 21 tahun itu. Nazirul memulakan perlumbaan di Litar Sepang Utara itu dari barisan kedua. Petak pertama disambar oleh Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu Team.

Namun begitu, Azroy Hakeem sedikit tertinggal sebaik perlumbaan CP150 Akhir sepanjang 11 lap itu dimulakan. Aiman Tahiruddin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing muncul sebagai pendahulu awal perlumbaan tetapi Aiman tidak dapat menyekat kemaraan pelumba-pelumba lain dalam kelompok pertama. Nazirul pula bijak mempertahankan kedudukan di dalam kelompok tersebut. Pada lap terakhir, Nazirul mula mengorak langkah memperbaiki posisi perlumbaan. Dari tempat ke-7 di lap 10, Nazirul muncul di garisan hadapan pada selekoh terakhir lap terakhir.

Strategi bijak Nazirul itu membolehkan pelumba kelahiran Negeri Sembilan itu melakar kemenangan kedua kategori premier Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS.

“Saya begitu berpuas hati dengan keputusan hari ini. Kemenangan ini sememangnya begitu berharga bagi saya. Setelah lebih enam bulan tidak beraksi akibat kecederaan tangan, kemenangan ini telah memulihkan tahap keyakinan saya untuk terus berjuang untuk merebut takhta CP150 musim ini. Kemenangan ini lebih berharga kerana ianya seandai hadiah awal untuk pasukan baru saya – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor,” kata Nazirul. Kemenangan terakhir Nazirul dicatat pada musim 2019 di Kangar.

Azroy Hakeem Anuar menamatkan perlumbaan di tempat ke-2 dengan catatan masa 14’38.096s. Tempat ketiga dihadiahkan kepada pelumba SCK Honda Racing Team, Mohd Izam Ikmal. Dengan kemenangan ini, Nazirul mengambil alih kepimpinan kategori CP150 dengan 29 mata. Mohd Muzakkir Mohamed jatuh ke tangga kedua dengan 28 mata manakala Mohd Izam Ikmal kini menduduki tangga ke-tiga keseluruhan dengan 25 mata.

Sementara itu, perlumbaan akhir CP125 dimenangi Mohd Adib Rosley dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team dengan catatan masa 11’27.095s. Hanya 0.003 saat membezakan kedudukan Adib di tangga pertama dengan Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team di tempat kedua. Ahmad Syukran Aizat mengisi podium ketiga dengan 11’27.159s. Adib kini mendahului buruan takhta CP125 dengan 41 mata kejuaraan.

Dalam kategori Wira KBS pula, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing tetap dominan dalam kategori junior itu apabila sekali lagi menyapu bersih podium perlumbaan Wira Akhir. Mohd Aqil Danial Nasrul menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan 10’07.020s diikuti Danial Johan dan Mohd Syamil Amsyar Mohd Iffende.

Pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan berlangsung di Litar Tangkak, Johor pada 22 dan 23 Mei nanti.

Keputusan PETRONAS MALAYSIAN Cub Prix Championship
Pusingan 2 – Sepang Utara

CP150
1. Nazirul Izzat Bahauddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – Maju Motor), 14’38.028s
2. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team), 14’38.096s
3. Mohd Izam Ikmal (Honda, SCK Honda Racing Team), 14’38.291s

CP125
1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 11’27.095s
2. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 11’27.098s
3. Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing), 11’27.159s

WIRA KBS
1. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 10’07.020s
2. Danial Johan (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 10’07.189s
3. Mohd Syamil Amsyar M Iffende (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 10’07.195s

Kedudukan Keseluruhan
CP150
1. Nazirul Izzat Bahauddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – Maju Motor), 29 points
2. Mohd Muzakkir Mohamed (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 28 points
3. Mohd Izam Ikmal (Honda, SCK Honda Racing Team), 25 points

CP125
1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 41 points
2. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 35 points
3. Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing), 29 points

WIRA KBS
1. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 41 points
2. Mohd Syamil Amsyar M Iffende (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 41 points
3. Danial Johan (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 40 points

Kedudukan Pasukan
CP150
1. PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, 48 points
2. ONEXOX TKKR Racing Team, 45 points
3. PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, 40 points

CP125
1. Ipone Yamaha YY Pang Racing Team, 70 points
2. PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, 49 points
3. ONEXOX TKKR Racing Team, 38 points

Previous Post

BMW R 1250 RT 2021

Next Post

TBPR Kekalkan Rentak Konsisten

Next Post

TBPR Kekalkan Rentak Konsisten

KATEGORI

  • UTAMA
  • SHOW OFF
  • BULETIN
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI

POPULAR

  • Lawatan Ke Teratak Mije The Snake Master

CAPAIAN

  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved