Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Tampil Lebih Bergaya dan Canggih, Boleh Didapati di Semua Pengedar Sah Modenas Seluruh Negara

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-04-15
in BULETIN, UTAMA
0

MODENAS (Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd.), anak syarikat DRB-HICOM Berhad, memperkenalkan versi facelift bagi skuter popular mereka, Elegan EX. Model baharu ini tampil dengan sentuhan estetik yang lebih moden serta penambahbaikan ciri teknologi bagi memberikan pengalaman tunggangan yang lebih premium. Ditawarkan pada harga RM17,780, Elegan EX facelift kini boleh didapati di semua pengedar sah MODENAS di seluruh negara.

Versi terkini ini hadir dengan dua pilihan warna premium baharu, iaitu Deep Blue dan Plaine Grey, yang menyerlahkan lagi penampilan elegan skuter ini. Rekaan baharu turut merangkumi skrin angin yang lebih sporty untuk aerodinamik yang lebih baik serta lampu isyarat hadapan LED yang meningkatkan tahap keterlihatan dan menjimatkan tenaga. Logo MODENAS juga diberi nafas baharu, kini ditampilkan pada beberapa komponen utama termasuk skrin angin, penutup pemegang, fender belakang, meter kelajuan dan kunci pencucuhan.

Dari segi prestasi, Elegan EX masih mengekalkan enjin 249cc satu silinder SOHC dengan penyejukan cecair, yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 22.4hp pada 7,000rpm dan tork 22.4Nm pada 6,500rpm. Sistem transmisi CVT pula membolehkan pecutan yang lancar dan konsisten, menjadikannya sesuai untuk penunggang yang mengutamakan keselesaan sama ada di kawasan bandar mahupun lebuh raya.

Tangki bahan api berkapasiti 14 liter memberi kelebihan kepada mereka yang kerap menunggang jarak jauh, tanpa perlu kerap mengisi minyak. Sistem brek cakera di hadapan dan belakang yang dipadankan dengan teknologi ABS memastikan keupayaan membrek yang lebih selamat dan responsif dalam pelbagai keadaan. Selain itu, suspensi hadapan jenis teleskopik dan penyerap hentak berkembar di belakang membantu mengekalkan kestabilan dan keselesaan ketika menunggang.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, “Elegan EX sememangnya telah lama menjadi pilihan penunggang yang mementingkan keselesaan, praktikaliti dan prestasi. Versi baharu ini tampil lebih menarik dengan rekaan kontemporari dan penambahbaikan dari segi fungsi demi memastikan pelanggan kami terus menikmati pengalaman tunggangan yang premium.”

Modenas Elegan EX kekal sebagai pilihan utama bagi mereka yang mencari keseimbangan antara gaya moden, kuasa dan keselesaan. Sama ada untuk kegunaan harian di bandar atau pengembaraan jarak jauh, model facelift ini memenuhi keperluan pelbagai jenis penunggang masa kini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.modenas.my atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan MODENAS di 1-800-880-181 / WhatsApp 019-570 8135.

 

Previous Post

Menyantuni Ramadan Dengan Amal dan Kasih Sayang

Next Post

Himpunan 300 Buah Jentera Klasik, Gegarkan Dataran Merdeka

Next Post

Himpunan 300 Buah Jentera Klasik, Gegarkan Dataran Merdeka

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved