Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Menyantuni Ramadan Dengan Amal dan Kasih Sayang

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-04-11
in BULETIN, UTAMA
0

Bulan Ramadan sentiasa menjadi peluang terbaik untuk memperkukuhkan nilai-nilai kemanusiaan, memperbanyakkan amal jariah serta memupuk semangat persaudaraan sesama insan. Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, Versys Owners Group (VOG) telah meneruskan inisiatif tahunan mereka menerusi VOG Ride Charity Ramadan 2025/1446H, satu program amal yang bukan sekadar konvoi motosikal, tetapi juga satu usaha menyantuni anak-anak yatim, asnaf dan institusi keagamaan yang memerlukan.

Bertemakan “Ride Sambil Beramal”, program ini berlangsung pada 16 Mac 2025 bersamaan 15 Ramadan 1446H, dengan kawasan Kapar dan Klang, Selangor sebagai lokasi utama. Antara tempat yang dikunjungi ialah Masjid Al-Falah dan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Imamah. Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti keagamaan dan kebajikan dilaksanakan seperti penyampaian sumbangan, tazkirah, solat berjemaah, serta forum keagamaan yang menjadikan Ramadan para peserta lebih bermakna dan penuh pengisian rohani.

Sumbangan yang berjaya dikumpulkan melalui Tabung Online mencecah RM17,210 dan disalurkan dalam bentuk bantuan kewangan serta keperluan asas kepada 32 asnaf dan 6 anak yatim di Masjid Al-Falah, serta 87 asnaf dan pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Imamah. Jualan amal Tshirt rasmi program turut diadakan, bukan sahaja sebagai usaha mengumpul dana, tetapi juga sebagai simbolik sokongan terhadap program kebajikan ini.

Sepanjang program, para peserta turut menyertai aktiviti bermanfaat termasuk sesi tazkirah, solat berjemaah, Majlis Berselawat dan Khatam Al-Quran bersama para pelajar tahfiz. Kemuncak program diakhiri dengan majlis iftar, solat Tarawih, Forum Nuzul Quran dan Qiamullail, yang bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama peserta tetapi juga menyemai rasa syukur serta memperkasakan hubungan dengan Allah SWT.

Program ini jelas membawa impak besar, bukan sahaja kepada penerima bantuan tetapi juga kepada semua peserta. Nilai-nilai seperti semangat prihatin, kasih sayang, rasa syukur, semangat berkongsi rezeki dan cinta kepada ibadah berjaya disemai. Ia membuktikan bahawa aktiviti permotoran juga mampu menjadi medium yang efektif dalam menyemai nilai-nilai murni serta menjayakan misi kebajikan dalam masyarakat.

Inisiatif seperti VOG Ride Charity Ramadan seharusnya dijadikan contoh dan diteruskan kerana ia mencerminkan bahawa komuniti kelab permotoran mampu memainkan peranan penting dalam masyarakat. Semoga usaha ini menjadi budaya berterusan dalam kalangan rakyat Malaysia, selari dengan sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain” (Riwayat Ahmad).

 

Previous Post

Menyemai Semangat Kemanusiaan dan Keprihatinan

Next Post

Tampil Lebih Bergaya dan Canggih, Boleh Didapati di Semua Pengedar Sah Modenas Seluruh Negara

Next Post

Tampil Lebih Bergaya dan Canggih, Boleh Didapati di Semua Pengedar Sah Modenas Seluruh Negara

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved