Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Tampil Dengan Peningkatan Yang Lebih Besar

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-11-06
in BULETIN, UTAMA
0

Yamaha baru sahaja memperkenalkan MT-09 2021 dengan beberapa perubahan seperti rangka, enjin dan sistem elektronik. Ini adalah perubahan kedua selepas tahun 2017 dan tampil dengan peningkatan besar untuk model yang dikeluarkan sejak tahun 2014.

Di antara perubahan yang dibuat ialah enjin 890 cc, rangka baharu daripada aluminium die cast, roda aluminium ringan, rekaan bunyi untuk rasa pecutan, kawalan elektronik dan reka bentuk baharu. Berat keseluruhan pula diturunkan sekitar 4kg berbanding model sebelum.

MT-09 2021 menggunakan kerangka aluminium dengan teknologi die cast terkini. Rangka belakang juga diperbuat dari aluminium dengan berat 1.5 kg lebih ringan berbanding rangka dari besi. Berat rangka, rangka belakang dan arm belakang berjaya diturunkan sekitar 2.3 kg berbanding sebelum ini dan turut menyumbang kepada prestasi pengendalian. Menggerakkan MT-09 2021 ialah enjin 890 cc crossplane yang lebih besar berbanding 847 cc sebelum ini.

Di antara komponen baharu ialah omboh, rod penyambung, aci engkol, aci sesondol dan kotak engkol yang direka semula untuk menjadikannya lebih ringan. Sistem bekalan minyak turut direka semula dengan penyuntik dipindahkan dari kepala silinder yang bersambung terus ke bahagian sebelah injap pendikit. Kuasa enjin MT-09 kini lebih tinggi iaitu 119 PS pada 10,000 rpm dengan tork 93 Nm pada 7,000 rpm. Transmisi pula kekal enam kelajuan dengan fungsi assist dan slipper clutch. Juga dilengkapi ialah quickshifter untuk tukaran menaik dan menurun.

Yamaha turut memberi perhatian kepada roda dan MT-09 menggunakan proses dan kaedah pengeluaran tersendiri dengan berat berjaya diturunkan sekitar 700 gram. Sistem elektronik MT-09 dilengkapi IMU (Inertial Measurement Unit) yang telah terbukti digunakan sejak dari YZF-R1 model 2015 paksi (axis). Unit ini mempunyai pengurangan saiz sebanyak 50 peratus dan 40 peratus lebih ringan dengan melihat semula kepada konfigurasi sensor.

Dari segi reka bentuk model baharu ini jelas berbeza dengan lampu utama projektor LED dan DRL. Walaupun nampak lebih kecil, Yamaha menyeimbangkan bahagian depan dengan rekaan corong udara pada tangki kanan dan kiri dan masih kekal garang seperti sebelumnya. Selain itu penunggang dibekalkan meter digital berwarna penuh TFT-LCD saiz 3.5 inci yang memaparkan grafik seperti graf tachometer dan sebagainya.

Yamaha MT-09 2021 dijadual untuk memasuki pasaran Eropah dan Jepun pada tahun depan. Di negara kita, MT-09 sedia ada dijual pada harga RM47,388.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Hanya Untuk Mereka Yang Benar-Benar Berani!

Next Post

Kelab Motor Streetcub Dari Negeri Sembilan

Next Post

Kelab Motor Streetcub Dari Negeri Sembilan

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved