Negeri Sembilan StreetCub Syndicate atau lebih dikenali dengan singkatan N9SCyndicate merupakan sebuah kelab motor streetcub yang berpengkalan di Negeri Sembilan. Sejajar dengan penubuhannya, matlamat utama N9SCyndicate ditubuhkan ialah untuk mengumpulkan seluruh peminat serta pemilik streetcub di negeri ini.
Disokong serta menerima penajaan khas Garet Garage dan Ated Sticker Design Prince Of Sticker, N9SCyndicate yang dianggotai lebih 100 orang ahli ini menganjurkan beberapa aktiviti untuk ahli-ahlinya. Ini termasuklah memeriahkan lagi program Kem Bakat Rakan Muda Daerah Jempol.