Sesiapa sahaja yang mendengar nama kelab ini pasti berasa gerun, apatah lagi ia merupakan ayat sinonim dengan penggila dunia permotoran; ‘ada bran’? Ada bran atau ayat panjangnya ‘ada berani’ sememangnya pemilihan sangat tepat untuk kelab motosikal yang ditubuhkan pada Julai 2012 ini.
Ditubuhkan atas perkongsian minat sama, GAB yang disertai selama 50 orang ahli tanpa mengira kaum, umur dan pangkat telah menganjurkan pelbagai aktiviti termasuklah bersantai mahupun kemasyarakatan. Selain itu, kelab ini juga seringkali mengadakan aktiviti hujung minggu seperti Ride Santai, berkhemah, bersukan, memenuhi jemputan perkahwinan dan lain-lain lagi.