Taman Tasik Kamunting telah menjadi lokasi penganjuran satu lagi program dunia dua roda iaitu Taiping Motorshow 2019 yang diadakan pada 20 Oktober lalu. Bukan sahaja berjaya mengumpulkan para peminat dan pemilik dua roda, penganjuran program ini sekali gus menghidupkan Taman Tasik Kamunting ini dengan pelbagai ragam motor dan warna yang menceriakan keseluruhan suasana.
Dianjurkan oleh Duta Koyoko Malaysia, En.Hishamuddin Bin Md. Rashid yang lebih mesra dan dikenali sebagai Kojeq di kalangan para peminat dunia dua roda. Program ini turut mendapat kerjasama dari Majlis Perbandaran Taiping, Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Taiping, Kementerian Belia & Sukan LMS Taiping dan PDRM.
Dianggarkan lebih 300 buah motor telah menyertai program ini yang dirasmikan oleh ADUN Kamunting, YB IR Dr. Muhd Fadhil Nuruddin. Pelbagai aktiviti turut disediakan dan menawarkan hadiah-hadiah lumayan kepada para pemenang. Hadiah-hadiah ini pula ditaja barisan penaja yang terdiri dari Labu Motorsport, Alon PYMC, Maanie Motor, Ft Garage, Running System Garage, GM Management dan Soul Graphix.