Kebiasaannya pengguna mahukan motosikal mereka ‘ringan’ dan sedap untuk ditunggang namun tidak tahu membuat pilihan saiz gegancu (sproket) yang tepat. Bagi mereka yang selalu membawa beban berat atau pembonceng, besarkan mata saiz sproket anda hari ini.
Bila sproket dan rantai mengeluarkan bunyi atau rosak dan sudah sampai masa untuk ditukar kepada yang baharu, saranan yang tepat adalah memilih sproket dan rantai mengikut kegunaan harian motosikal anda. Rantai dan sproket, sebenarnya merupakan komponen motosikal yang cukup penting bagi sesebuah kenderaan dua roda. Malah ramai pengguna pada hari ini menganggap remeh samada penjagaan mahupun tips mendapatkan rantai terbaik.
Terbaharu, Bikers Malaysia memperkenalkan rantai dan sproket dengan ketahanan yang lebih lama. Didatangkan dalam satu set, rantai dan sproket dengan siri 428H merupakan jenis rantai yang diperbuat dengan kelebihan bebanan yang melebihi (extra heavy duty).
Model sproket dan rantai Bikers Malaysia diakui memiliki ciri-ciri seperti memanjangkan jangka hayat kegunaan, meningkatkan ketangkasan motosikal, pembatuan yang lebih jauh dan roler yang lebih tahan lama. Boleh didapati pada dua jenama motosikal terpilih iaitu Yamaha (bagi model Y15ZR, LC135 / RXZ, SRL115 / F1) dan Honda (model EX5, Wave 125, RS150R), rantai dan spoket yang diedarkan oleh MKS Distributor (M) Sdn Bhd atau dapatkan info terkini dengan layari facebook.bikersaac.my.
Sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, hubungi;
MKS Distributors (M) Sdn Bhd
No.47 Jalan 5/KU6,
Kawasan Perindustrian Sg Puloh,
Kampung Batu Empat,
42100 Kapar,
Selangor Darul Ehsan
No Tel : 03 – 3290 2867
Emel : mks_motor@hotmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/bikersacc.my/