Peneraju pembuatan topi keledar tempatan, YH Pro Motoworld Holding Sdn Bhd tampil sekali lagi mengetengahkan koleksi terkini model-model topi keledar yang digelar YS Series. Reka bentuk topi keledar ini sangat unik dengan cermin hadapan diperbuat dari bahan tahan retak, ditambah pula dengan corak warna yang cukup eksklusif. Tiada sebarang lakaran grafik dilakar di atas permukaan topi keledar dan sekadar warna memisahkan dua jenis model ini.
Antara model dari Matt ialah Matt Frost White, Matt Ruby Red, Matt Striking Cyan, Matt Sterling Silver dan Matt Titanium sementara bagi jenis Gloss pula ialah Gloss Ruby Red, Gloss Striking Cyan dan Gloss Sterling Silver. Selain itu, topi keledar yang dilancarkan pada 16 Oktober lepas turut memiliki ciri-ciri keselamatan termasuk jenis pengikat tali topi keledar jenis tekan-keluar yang memudahkan pengguna memasang serta menanggalkan dengan mudah.
Kualitinya diakui dan turut mendapat kelulusan dari SIRIM. Cukup sempurna dan selesa semasa memakai walaupun dalam keadaan cuaca yang panas. Malah ia juga satu-satunya topi keledar yang diperbuat di Malaysia mendapat sambutan pelbagai lapisan umur pengguna. Topi keledar dari jenis ini memberikan pengguna keselesaan semasa memakainya. Model jenis separuh terbuka ini juga dapat memberikan pengudaraan depan dan belakang agar anda kurang berpeluh tidak kira pada bila masa dan dimana juga anda menggunakannya.
Jenama YH Pro sememangnya diakui mempunyai pelbagai reka bentuk dan corak yang sesuai dengan jiwa anak muda. Dari segi keselamatan pula ia topi keledar yang memastikan reka luaran yang padat dan tahan dari hentakan.
YH Pro Motoworld Holding Sdn. Bhd.
No 986, Jalan Rozhan,
Cherok Tokun Bawah,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
No Tel : 04-5512254
Emel : annies@laserhelmet.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/YH-Pro-Motoworld-Holdings-Sdn-Bhd-364293847520292/
Web : https://www.yhpro.com.my/