Sebagaimana yang diketahui, Suzuki Hayabusa 2021 telah pun dilancarkan pada awal Februari yang lalu. Semenjak itu, para peminat motosikal legenda tersebut yang berada di India menanti dengan penuh sabat untuk mendapatkan informasi tentang ketibaannya di sana. Kini, penantian itu berakhir kerana Suzuki Hayabusa sudah pun dilancarkan di India.
Model terbaharu Suzuki Hayabusa untuk tahun 2021 ini ditawarkan dalam tiga warna; Glass Sparkle Black/Candy Burnt Gold, Metallic Mat Sword Silver/Candy Daring Red, dan Pearl Brilliant White/Metallic Mat Stellar Blue. Penghantaran motosikal akan bermula sekitar pertengahan bulan Mei.
Dilengkapi enjin 4-silinder 1340cc, Suzuki Hayabusa ini menepati pematuhan motor BS6. Ia menghasilkan kuasa maksima 187bhp pada 9700rpm dan tork tertinggi 150Nm pada 7000rpm yang disepadankan dengan kotak gear 6-kelajuan. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan elektronik terkini termasuk mode penunggangan yang pelbagai, pemilihan mode kuasa, kawalan traksi, kawalan brek enjin, bi-directional quick shift system dan macam-macam lagi. Ia juga mempunyai 6-axis IMU dan pembelokan ABS.
Dari sudut rekaan pula, Suzuki Hayabusa mengekalkan siluet dari model terdahulu tetapi secara keseluruhannya, beberapa ciri telah dipertingkatkan seperti estetik dan kemampuan aerodinamiknya.
Sumber : Indianautosblog