Sebuah syarikat motosikal elektrik di Nepal, Yatri Motorcycles telah membangunkan motosikal elektrik yang praktikal, bergaya dan juga berkemampuan. Beberapa minggu lalu, mereka telah berkongsi sebuah motosikal elektrik pertama dalam bentuk Project Zero. Kali ini, Yatri Motorcycles mendedahkan pula gambar motosikal kedua mereka, Project One.
Menurut laporan The Pack, Yatri membangunkan motosikal elektrik ini untuk menangani masalah jalan raya di Nepal. Syarikat tersebut membina motosikal ini menggunakan platform dual-sport yang kecil dan bergaya, mirip motosikal mereka terdahulu, Project Zero. Dari gambar yang diedarkan, ia cukup jelas menunjukkan Project One mengambil insipirasi dari gaya motor lumba supermoto.
Yatri Motorcycles turut mendedahkan Project One direka sebagai sebuah motor yang ringan dan tangkas untuk sebuah motosikal elektrik. Walaupun Project One masih mempunyai banyak masa sebelum menjadi realiti, syarikat ini bekerja keras untuk melakukan revolusi terhadap mobiliti urban di Nepal.
Buat masa ini, Yatri Motorcycles tidak mendedahkan sebarang spesifikasi teknikal untuk Project One. Bagaimanapun, ia mungkin kurang berkuasa dan mampu milik berbanding Project Zero. Untuk rujukan, Yatri telah memuatkan Project Zero dengan motor elektrik 48kW untuk 64hp dengan kelajuan tertinggi 140km/j.
Sumber : Rideapart.com