Suzuki bersedia dengan pelancaran model GSX-S10000 terbaharu yang dilancarkan pada 26 April. Motosikal ini dikemaskini khas untuk tahun 2021 dengan output enjin yang telah dipertingkatkan. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan teknologi terkini dan penampilan yang lebih agresif bertepatan dengan nama yang diberikan padanya, The Beauty Of Naked Aggression.
Selain itu, ia juga menerima naik taraf dari sudut penampilannya dengan sepasang lampu hadapan LED jenis mono-foucs yang kelihatan lebih tajam. Terdapat juga lampu belakang LED yang baharu, diapit dengan indikator LED. Casis aluminium berkembar masih dikekalkan seperti model terdahulu. Namun, pemegang bar diganti baharu dengan 23mm lebih lebar dan 20mm lebih rapat dengan penunggang untuk meningkatkan penunggangan yang lebih selesa.
Manakala suspensi pula dari fork hadapan boleh laras KYB dan penyerap hentak belakang boleh laras, kesemuanya telah diubah suai talaannya dari versi terdahulu. Cakera hadapan 310 mm dimuatkan dengan kaliper monoblock Brembo. Seterusnya, enjin 4-silinder 999 cm3 telah dikekalkan dengan beberapa pengubahsuaian untuk mencapai standard pematuhan Euro 5 yang telah ditetapkan.
Menurut jenama-jenama di Jepun, 4-silinder baharu ini mempunyai kuasa yang lebih dengan tork lebih luas untuk menghasilkan prestasi motosikal naked sport paling cemerlang. Tangki bahan api juga telah ditingkatkan dari 17 kepada 19 liter yang memberikan jarak sejauh 312 km. Kuasa maksima juga lebih tinggi dengan 152hp pada 11,000 rpm. Modifikasi lain termasuk intake baru dan exhaust camshaft, spring injap, klac bahar dan ekzos baharu.
Selain itu, GSX-S1000 mempunyai pakej elektronik terkini yang dipanggil sebagai Suzuki Intelligent Ride System (SIRS) yang terdiri daripada Suzuki Drive Mode Selector (SDMS) yang membolehkan penunggang memilih kawalan peta dua enjin, Suzuki Traction Control System (STCS) yang dikemaskini, kawalan traksi, Quick Shift System dan pemulaan sistem yang lebih mudah serta bantuan RPM rendah.
GSX-S1000 dijangka akan dipasarkan ke seluruh dunia yang dimulakan dengan pasaran Eropah pada Jun ini.
Sumber : Autoevolution