Tentu anda masih ingat tentang sambutan ulang tahun ke-75 Vespa yang hanya dibuat dan dikeluarkan untuk tahun 2021 iaitu Vespa Primavera dan Vespa GTS. Pada 23 April yang lalu, genap 75 tahun usia Vespa dan satu lagi berita baik dan sejarah yang berjaya dicatatkan.
Baru-baru ini, Vespa mengumumkan yang mereka telah mengeluarkan sebanyak 19 juta unit bersama dengan GTS 300, Edisi Khas sambutan ulang tahun yang ke-75. Tidak dapat dinafikan, jenama legenda ini terus berkembang dengan pesat saban tahun.
Pada tahun 2021, syarikat ini telah menjual skuter keluaran mereka kepada lebih 83 negara. Kesemua pasaran yang menerima skuter ini adalah datang dari 3 buah kilang ; yang asal di Pontedera untuk pasaran Eropah, Amerika dan beberapa pasaran barat lain. Kemudian, Vinch Phuc di Vietnam untuk pasaran Asia Tenggara dan juga Baramati di India untuk pasaran India dan Nepal.
Sumber : Rideapart.com